Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Saturday, July 31, 2010

Yes, I'm!!

Salam sume..
Adik2 gwa kata bekira+kedekut+garang sebab


mesti mintak balik duit lebih walaupun sp0sen
sebab: nak duit cari sendiri la..gwa kecik2 dulu tak penah mintak duit kat sape2 walaupun mama n abah..

tak hadap nak ant0 amik d0rang kt sekolah

sebab: g sendiri lah, gwa dulu dari tadika sampai habis study pun tak penah merengak nak suh anta.. korang je d manja lebih

mesti bising klu d0rang tak g sekolah
sebab: gwa dlu tak penah ponteng skolah, ni sakit perut skit je da nak p0nteng. bukan nak mati pun.


marah bila makan makanan yang gwa beli tanpa izin
sebab: dulu masa gwa kecik2 gwa penah teringin nak beli something. Tapi gwa takut nak mintak kat mama n abah.. gwa penah curi duit d0rang sebab nak beli aiskrim.. uwaaaa..sedih teringat kenangan dulu. budak2 skang nak per je sume depan mata..


tak bagi pinjam berukband
sebab: jangan harap la weh, gwa dulu pun sebelum beli berukband g CC.. K0rang senang2 je h da depan mata.. Jangan harap!!


tak bagi pinjam m0t0+berkira minyak
sebab: k0rang ingat m0t0 tu isi air ker??? dah la guna tak reti isi minyak.. tu pun k0rang kata gwa berkira.. Amik lesen awal camtu r jadinya.. Gwa dulu time study kat poly baru amik lesen.. Budak2 skang bila dah cukup um0 tak nyempat2 nak g amik lesen dah..



Yess..
Semua diatas adalah perangai buruk gwa..
Gwa amat sedih bila kehidupan budak2 skang lebih senang berbanding dengan kehidupan gwa dulu.
Nak apa jer sume depan mata..
Gwa rasa cam nak bagi lempang jer bila d0rang ngada mintak macam2, gwa dulu nak mintak sp0sen pun takut..huhuhu
Alkisahnya anak askar walaupun abah gwa tak garang pown..huhuhu



Friday, July 30, 2010

Menu Berbuka Special!

Salam sume..
Huh! Cik Nad baru balik keje terus singgah Village Mall untuk membeli menu untuk berbuka puasa ganti jap g..heheh
Tak sempat duduk terus snap pic and upload kt bl0g..
Lihatla betapa p0y0snya Cik Nad.. ngenge..
Tak mau cakap banyak lihat gamb0 yang seterusnya

|
|
|
v


.


Waaa,tak sabarnya.. 
Lama da ngidam nie...
Cepat la azan..huhuuh


Selamat berbuka  ^_^


Kawen 4? Sunnah Diutamakan?



Huh.. Klu bab2 nak kawen empat ni memang la nak utamakan sunnah sangat wahai sang suami..
Tapi bila nak tunai tanggungjawab susu anak, makan pakai bini sape plak nak tanggungjawab..
Patut la ada segelintir lelaki klu nak kawen banyak cari isteri yang semua bekerja..
Tak la susah sangat nak kena tanggung sume..


Silap2 bini tanggung suami...


Wednesday, July 28, 2010






KUALA LUMPUR – Penggunaan produk minuman 3-in-1 yang kini menjadi kegemaran masyarakat Malaysia perlu dikawal pengambilannya kerana ia boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.




Pensyarah Jabatan Pemakanan dan Dietetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Roslee Rajikan berkata, pengguna perlu bijak membuat pilihan dengan melihat label nutrien atau zat makanan pada produk berkenaan.




“Jika ambil produk ini sekali sekala tanpa berlebihan saya rasa tidak timbul masalah tetapi jika sehari lima hingga enam kali, mungkin ia boleh menimbulkan masalah,” katanya semasa ditemu bual oleh pengecara Zulkifli Bujang dalam program Kerusi Panas menerusi Radio 24




hari ini. Berita selanjutnya di akhbar Kosmo!






























Monday, July 26, 2010

Black Day!

Salam sume...
Di pagi2 senin Cik Nad dapat jemputan ke Black Day

|
|
|
v


Apa natang Black Day tu..
Pe kejadahnya suh den g kelas pakai suma hitam..
Bekabung ke apa ha??? Black Metal ke apa??
Sorry dik, i dah pencen dalam arena pendidikan ni..
Skang ni bukannya masa nak g sekolah dah..
Klu korang ajak g besday party, party tuppaware ke akak g okey..
Yang merepek2 ni s0rry..
Takut ai, cam gelap masa depan....



Sunday, July 25, 2010

Menang 10 Ribu... Yahooooooooooo!

Salam sume..
Sila beliakkan bijik mata mata untuk melihat kejayaan saya dibawah..
Mak Cik o Pakcik yang mengalami masalah lemah jantung, tekanan darah rendah or gemuruh mahupun kencing manis dinasihatkan tidak melihat bukti kemenangan saya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kemudaratan atau sebagainya..
|
|
|
|
v


Aku menang 10k tu..
Lepas nie segala benda yang Cik Nad nak upgrade tu tercapai..kahkahkah..
syiok ooo....

Tapi sumanya hanya angan2 belaka...
Bila masa lak orang g join Ali Cafe punya peraduan..Tak men la minum2 tongkat2 tok Ali ni..
I tak kawen lagi hokey..
Paling kurang pun minum kacip patimah jer untuk tambah kesegaran badan..
Cewah!! Kononnya.. padahal rembat yang mak punya..kikikik..
Kes pemalas nak bancuh air..
3 in 1 kan senang, tuang dalam cawan + air panas jer...

Kepada sesiapa yang pernah dapat mesej macam nie plezz jangan cepat tergoda!! 


Perempuan Lebih Muda Dari Lelaki?Sesuai ke?

Friday, July 23, 2010

Upgade!

Salammm...
Waaaaa.bosannya klu hidup sama jer kan..
Bukan tak bersyukur tapi nak la ada jugak pembaharuan dalam hidup...
Rasa nak upgrade jer apa yang ada skang ni..
Nafsu manusia tak penah puas, kekekeke...


Nak beli len rasa cam tak mampu jer, tapi hari ni nak berangan la dulu..hihihih...

Mula2 nak upgrade m0t0 honda den  ke Myvi pink sebijik
Pastu nak nek taraf la henpon cabuk lama den  ke  yang lebih canggih skit..
Paling kurang pun dapat Sony Ericsson Aino ni ke...hahaha  *berangan!

Klu dapad ipad apple ni sebijik pun best jugak .. Ada sape2 nak sponser saya??heheh


Tapi sebelum tue...
|
|
v
Bos, boleh tak naekkan gaji saya..heheee


Thursday, July 22, 2010

Sebab Wanita Lebih Cepat Nampak Tua



Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?




|
|
V

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total E ffect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak..TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..


Kesimpulannya...wanita cepat tua &cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..




**sumber:email

Wednesday, July 21, 2010










Ciri2 Gadis Yang Diminati





Gadis boleh diungkap sebagai ‘BUNGA’ yang sememangnya mempunyai tarikan di hati si jejaka secara semula jadi. Ada-ada sahaja ciri-ciri gadis yang mampu mencairkan hati lelaki. Pun demikian, ramai juga yang melontakan persepsi bahawa tarikan utama si gadis di mata jejaka adalah menerusi rupa fizikalnya. Seksi, tubuh persis supermodel atau pun yang ‘Sedap Mata Memandang’. Aspek lain bagaimana pula?


MANJA

Ramai lelaki yang meminati gadis yang penuh dengan ciri-ciri kewanitaan di dalam dirinya. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa lelaki itu boleh jatuh hati dengan gadis yang baru dikenalinya kerana karakter dan juga tingkah lakunya. Misalnya manja dan lemah-lembut. Tapi gadis, kamu perlu ingat! Jangan mengada-ngada hingga tak kena tempat pula!


LELAKI TIDAK SUKA: Gadis yang cuba buat-buat manja dengan pasangan kekasih. Contohnya merengek-rengek di tempat awam. Itu memalukan!


PANDAI MENGAMBIL HATI

Lelaki adalah golongan yang agak keras hatinya. Ditambah pula dengan ego yang sudah tentunya ada di dalam diri semua lelaki, sudah tentulah si dia mendambakan gadis yang bijak memujuk seterusnya pandai mengambil hati pasangan.


LELAKI TIDAK SUKA: Perempuan yang serba tahu dalam semua perkara. Kadangkadang ia boleh memakan diri. Ingat ya…


TIDAK MATERIALISTIK!

Ha, ini lagi satu aspek yang dititik beratkan lelaki di dalam memilih pasangan hidup. Lelaki kini sudah bijak untuk menilai sama ada gadis yang mendampingi mereka adalah kerana nilai cinta atau pun wang ringgit. Hubungan cinta yang didasari dengan material sememangnya tidak akan bertahan lama.

LELAKI TIDAK SUKA: Gadis yang meminta itu dan ini. Kononnya mahu menilai sejauh mana tahap cinta pasangan pada kamu. Sebenarnya, itu hanya buang masa saja….


BERDANDAN RAPI

Sebagai seorang gadis, si dia sudah semestinya tahu untuk menjaga penampilan diri. Apatah lagi saat meluang masa bersama si dia. Lelaki tidak akan cakap pada si gadis mengenai soal berpakaian. Cukup jika si gadis itu sendiri tahu apa yang terbaik untuknya dan tidak terlalu ringkas atau pun selekeh. Buat malu saja!

LELAKI TIDAK SUKA: Kekasihnya pakai pakaian yang entah apa-apa semata-mata mahu menarik perhatian si dia. Percayalah, cara itu langsung tidak ‘cool’!




**sumber : REMAJA


Tema Putih!

Salam sume..
Yeayyyyyyyyy..
Tak lama lagi Cik Nad akan bertunang berkonvo 8 Ogos nie..
Setelah setaun menunggu...
Akhirnya konvo jugak..
Da macam nak amik degree jer 3 taun blaja + staun menuggu..
Buang masa tul...
Seronok gila nak konvo walaupun tak tersenarai dalam graduan cemerlang..
Tapi Cik Nad rasa Cik Nad ni gemilang dan terbilang..hahahha
poyos!

Da la macam2 protokol kena ikut..
Bab2 pakaian ni la yang Cik Nad pening..
Sia ada tema kot macam nak kenduri kawen..hahahaha
Kitorang diwajibkan berpakaian berwarna putih...
Agak pening nak mencari pakaian itu...


Teringin nak pakai baju ni..
Tapi badan Cik Nad kering ok..
Tak mengancam pun klu pakai..
Orang tgk pun tak menarik jer..kahkahkah..

|
|
v


Jumpa lak gaun nie kat umah pakcik google time berjalan2 tadi..
wowwwwww..
mengancam habis..hahahaha
macam cinderella jer...hahaha
berangan jer boleh..
Tunggu nikah kawen nanti jela pakai cam nie..hahaha *berangan!

|
|
v





Rasanya kat bawah ni sesuai kot.. sesuai la dengan poli kitorang yang islamik tue..hahaha
Pakai berjubah2..
Nanti jatuh tersungkur sape yang malu..
Den jugak yang malu nanti..


|
|
|
v



uwaaaaaaaaaaaaaa..
konvo da dekat, baju pun xda lgi ni..Kawan2 yang len suma da semangat da...
Jangan tak berbaju nanti sudah laaaa




Monday, July 19, 2010

Perempuan Tak Cantik Dipandang Rendah!


Kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: mst ada krisis nih...kesiannyer...

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: dah la tak lawa,perangai plak mcm sial!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan
Lelaki akan kata: hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: ok la...bagai pinang d belah dua...

Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome
Lelaki akan kata: kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih
Lelaki akan kata: patut pon kena reject..

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: don't worry,i will make u happy forever...

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: ckit2 nangis!! banggang tol..ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: dah la lawa,pandai masak plak tu...

Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: syoknye!!rindu la tu...

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!


**sumber Mr google

nota cinta: renungkan dan selamat beramal =p

Wednesday, July 14, 2010

Gatal Tangan!

Salam sume.
Malam ni saja gatal tangan edit2 gambo kartun..
Tak tau nak bt per..
Padahal borang kaji selidik konvo tak isi lagi..
Rasa macam tak nak konvo jer..
Tunggu siang2 jela isi..

nak tengok hasil gatal2 tangan den..


|
|
|
|
v

tarrraaaaaaaaa..
Macam budak tadika..hahahaha


sila tinggalkan komen yang mrmbina okey..hihihi
k  daaaa..
selamat malam =p

Setem Pun Naik Harga!

Salam  tengahari sume..
Kat sini sebelum nak g melantak @ lunch Cik Nad nak share something dengan korang..
Korang teng0k title kat atas korang jangan terkejut plak ye..
Mesti taknye coz memang dalam berita da kuar benda ni cuma Cik Nad jer tak amik peduli..
Jangan ingat barang dapur jer naek harga.. 
Setem pun naek jugak tau..

Alkisahnya bila Cik Nad pos kan sume invois2 untuk client2 Cik Nad * ala2 mcm buka company sendiri lak..hahaha..
Tiba2 lak abang posmen pulangkan sume surat2 yang dipos dengan alasan setem tak cukup 30 sen..
Mana tak nye..
Sume surat tu area2 Sg Petani jer..huhuhuh
Cik Nad tempek setem 30 sen jela..
|
|
|
|
v

tak cukup 30 sen jer..berkira betul la abang posmen ni..huhuhu


Abang posmen siap list senarai standard harga untuk pos surat g..



nota cinta: bawak2 bersabar yea client2 sume.. surat anda akan di pos semula.. sila prepare cek siap2 ye..heheh =p



Pusat Komuniti Jalur Lebar Untuk Penduduk Luar Bandar

Salam sume..
Kat sini Cik Nad nak share pasal sesuatu yang mungkin korang tak tau and mungkin yang pernah dengar..
Mungkin yang berada di kampung2 dah biasa dengan benda ni.. 


Yang berada di bandar2 besar ada kemungkinan tak pernah tau pun coz kat bandar dah ada segala keperluan berkaitan dengan IT berbanding di kawasan luar bandar yang masih lagi kekurangan prasarana* betul ke aku eja ni?? atau kemudahan untuk bidang ni..


Tapi korang jangan terkejut plak klu penduduk desa yang lagi terer dari korang kerana dengan adanya Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama Maxis Berhad dan CBC Solutions Sdn. Bhd yang bertujuan merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Pusat Jalur Lebar Komuniti Yan Kechil merupakan salah satu projek perintis bagi kawasan negeri Kedah bagi mendedahkan komuniti setempat dengan perkembangan ICT terkini dan seterusnya melahirkan komuniti yang celik IT.*ayat copy paste..hehe


Waktu Operasi PJK Yan Kechil 

Buka : Ahad - Isnin (Setiap Hari)*dari 9.00 pg - 6.00 ptg
Rehat : 1.00 tghri - 2.00 ptg (Sabtu - Khamis)* / 1.30 tghri - 2.30 ptg (Jumaat)
Tutup : Cuti Hari Kelepasan Am



Kat pusat ni korang boleh join banyak aktiviti yang disediakan antaranya:-

KELAS KOMPUTER

Setiap Keahlian diberikan PERCUMA satu (1) Kelas Komputer (Asas Latihan Komputer iaitu Asas Komputer, Internet, Asas Microsoft Office - Word, Excel&Powerpoint)
Tempoh Pembelajaran : 3-4 hari 
Yuran Keahlian = RM10 (Seumur Hidup)
Peserta : Tiada had lapisan Umur ( Rendah, Menengah, Dewasa, Warga Emas)

Terdapat juga perkhidmatan lain seperti :-

♥ Internet Jalur Lebar
♥ Perkhidmatan Printing
♥ Faks
♥ Scanning
♥ Photostat
♥ Laminating

dan macam2 lagi.. klu nak tau kena la datang sendiri..hehehe *tolong promosi jap.. Tempat ni amat selesa .. klu kat hotel tu macam taraf 5 bintang r... *nak tertido jugakla Cik Nad menunggu kat dalam tu..

Klu korang nak banyak lagi info berkenaan dengan PJK ni korang boleh klik dekat sini atau hubungi pihak pengurusan.


nota cinta: harap2 Cik Nad da rezeki kat tempat ni =p


Sunday, July 11, 2010

Tips Telefon Bimbit Terjatuh/Masuk Air

Salam sume..
Smalam sambil on da way balik dari Yan ke Sg Petani Cik Nad ada dengar 1 siaran radio tempatan..
Dia da bagi tip2 klu henpon korang terjatuh, tercampak, termasuk o terbaling dalam air...





Langkah- langkah yang perlu anda lakukan ialah :-



1.keluarkan dari air secepat mungkin bagi mencegah komponen dalaman terkena air sepenuhnya. Dalam beberapa kes, casing handphone yang rapat dapat mencegah kemasukan air. Namun ini hanya akan bertahan untuk tempoh masa beberapa saat sahaja.





2.Keluarkan segera bateri dari dalam handphone. Memutuskan aliran tenaga adalah sangat penting untuk mengurangkan kerosakan handphone. Ini kerana beberapa alat elektronik boleh bertahan dalam keadaan basah jika tidak berhubung dengan sumber (bateri).



3.Segera keluarkan kad SIM anda untuk mencegah kemungkinan kerosakan atau kehilangan data. Biarkan kad SIM benar-benar kering sebelum anda menyemak keadaannya.

4.Seterusnya keringkan handphone anda agar benar-benar kering. Gunakan kain yang boleh menyerap air. Selain itu, anda juga boleh menggunakan hair dryer, tapi pastikan handphone anda tidak terlalu panas. Ini kerana handphone yang terlalu panas boleh menyebabkan handphone meletup.


5.Anda boleh menguji samada handphone benar-benar kering dengan cara menghidupkannya. Jika handphone masih tidak dapat aktif, ini bermakna bateri atau handphone anda bermasalah. Anda boleh cuba aktifkan handphone tersebut menggunakan bateri lain, jika handphone boleh aktif ini bermakna bateri yang rosak dan anda perlu membeli bateri yang baru.





6.Namun jika semua langkah tersebut telah anda lakukan tetapi handphone tetap tidak dapat diaktifkan, maka anda perlulah menghantarnya ke kedai untuk di servis atau b0li len jo.hahaahah



nota cinta : peluang untuk menyelamatkan telefon adalah TINGGI berbanding dengan air masin

Friday, July 9, 2010

Istimewanya Wanita..



Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya."
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

Perkara yang anda tak perasan atau saja tak perperasaan.......

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin
menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada
seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
disebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan
memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri
lambat-laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki
hamun, caci & cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa
senang bila seseorang mengetahuinya.