Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Tuesday, November 30, 2010

Hilang 3 Orang Kakak!

Hai semua..
Cik Nad dah berada di Shah Alam..
Rasanya waktu macam nii dah ada kat UITM kot sempena konvo mak cik..hehehe
Biasa la entry schedule publish..heheh, tak dapat agak da kat mana...

Harinie hari last kakak-kakak yang buat praktikal kat ofis Cik Nad..
Kakak?? padahal diorang tua setaun jer..
Tapi Cik Nad lebih suka panggil kak klu umo tua dari Cik Nad..
Sedih tak dapat bersama dengan diorang pada hari nie..huhu
Last jumpa masa Jumaat hari tu, sempat la kitorang makan sesama kat Taman Ria..hehehe


Pasti akan rindu braces kak gee yang sentiasa bertukar warna..hehe
Kak ina yang lemah lembut dan kak ida!!

Esok 4 orang budak praktikal akan masuk..
Cik Nad akan dapat kawan baru lagi!!!!hehehehe
Sorry uolls!! Cik Nad tak dapat sambut korang masuk ofis yer..
Nanti kita bersuai kenal hari Khamis nie yer.hehehe

Daaaaaaaaa~

Monday, November 29, 2010

Fly Away To Shah Alam~

Selamat pagi semua!!!
Bangun anakku bangun..hehehe

Masa entry ni dipostkan , IsyaAllah Cik Nad telah meninggalkan negeri Kedah yang disayangi..
Selama 3 hari Cik Nad akan berangkat ke Shah Alam..
Plezz tolong jangan rindu-rindu okey..hahaha

Ada ke yang rindu??kekeke
Doakan perjalanan Cik Nad selamat pergi dan pulang yea..


InsyaAllah ada entry akan di poskan sepanjang 3 hari nie..
Tu pun buat auto publish post untuk mengelakkan semua pelawat blog nie rindu kan Cik Nad..hahaha
Poyo jerk!!!

Jumpa lagi

Sunday, November 28, 2010

Aku Tak Bodoh!!

http://www.akutakbodoh.com/

Sinopsis

BERKISAR remaja bernama Roy, menghadapi liku hidupnya yang sentiasa terikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara komputer percaya dengan kritikan, anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.

Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anaknya. Dia mengharapkan tanggungjawab mengawasi tingkah laku anak-anak diambil alih suaminya. Lantaran sikap ibu bapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja nakal. Bergaul dengan mereka membuatkan Roy berasa dirinya benar-benar dihargai.

Adik Roy, Jefri pula tersepit dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa mempedulikan dirinya. Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri terbabit dalam aktiviti jenayah menyebabkan ibu bapa mereka berang, lalu dipukul Roy dan Jefri.


Opss!! Bila Dah "Terbeli" Henp0n Baru..

Hai semua..
Alkisahnya bila jatuh cinta tangkap cinta dengan henpon ni pertama kali tengok kat paper...

Semalam amik kesempatan kuar beronggeng sorang2..huhuhu sambil intai-intai harga henpon..
Lenguh jugak la kaki pusing 1 Centre Square tu ulang alik survey merata kedai..
Last-last terbeli la jugak..hohoho..
Ada ke istilah "terbeli".huhuhu

Bila da dapat tido pun lena la sebab dah ngidam lama dah..hehehe
Harga?? Nak kata mahal pun tak la bape sangat..huhuhu
Tapi jugak la habis gaji !!

Function?? ok jer, tak da la pe yang istimewa..
Cuma dia ada wifi, touch sceen je..huwawawa..

Yang tak bestnye?? Cik Nad rasa macam tak bape best la kamera dia walaupun 5megapixel..
Standard Nokia kemera memang tak memuaskan!!!
Suka guna kamera henpon sony.. puas hati..

Free gift?? semestinya di jual 1 set dengan charger, kabel dan earphone!!
Klu jual asing-asing mau kena hentak tauke tu..
Pastu memori kad 2g!!
Disebabkan semalam da promosi, Cik Nad dapat buku diari nokia ngan natang apa ntah nama dia untuk letak kat cermin keta tu...
Ni la buah hati baru Cik Nad,hahaha.. poyo jerk!!
First time beli henpon pink!!
Nokia X3 Type and Touch!!

Kualiti gambo tidak memuaskan disebabkan guna kamera henpon lama
acececece, mentang-mentang la ada yang baru..hakhakhak tuih!!!


Friday, November 26, 2010

Eh! Rapunzel Dah Kuar..

Psttttt!!!!
Rapunzal dah kuar semalam..
Ada sape2 g teng0k tak???
Tolong cite sket..hehehehe tak mampu nak p beli tiket wayang..hohohoho
Ada sape-sape yang nak belanja dialu-alukan..heheheh

Rasa macam teringin jer nak tengok cite nie..
Dulu masa budak-budak dok tengok la jugak yang siri kartun tu.. Tapi jarang ada kat TV laaa...

Rapunzel yang cantik!!
Dia pakai syampu apa erk jaga rambut dia yang panjang tu..hehehehe


Flynn Rider yang kacak!!

Pascal yang comel.. Pascal ni spesis mengkarung ke apa erk??? ke spesis pokek??hehehe


Thursday, November 25, 2010

Panjang Atau Pendek? Mana Lagi Okey?

Hah!!!apa yang panjang?? apa yang pendek???
Sila jangan berfikiran "biru"..
Eh!! ke ko je yang pikiaq kot len Cik Nad oiiii!!!hehehehe

Apa yang menjadi persoalan Cik Nad nie sebenarnya panjang atau pendek sesebuah tajuk sesebuah entry tu laaa...
Bukan benda len pun..

Klu macam Cik Nad nie lebih suka tulis tajuk pendek-pendek jer.. Sesuai la dengan isinye yang pendek tu..haha
Takda bakat la nak karang cita panjang-panjang..
Klu stakat nak buat entry meraban boleh laa...
Klu entry yang ilmiah tu mintak maap le.. Copy paste boleh la..huhuhu

Ada orang yang rajin macam Cik Epal tu boleh la...
Baca tajuk entry jer dah panjang berjela. Dah tau la isi pe yang dia nak tulis..
Tu belum baca isi entry tu lagi..hehehe.. rajin betul karang cita..



Tapi ada jugak entry dia tulis "tiada tajuk"..
Macam mana tu..hehhehe


PINK itu GOJES!!

Selamat pagi..
Masa untuk membayar hutang tag lagi..huhuhu
Award nie datangnya dari tiefazatie..
Cantik yaw award nie...
1. kenapa suka pink??(3perkataan)
PINK itu GOJES!!
hehehe..copy paste pun boleh la erk janji 3 perkataan...

2. bagitaw siapa pemberi award dan link
Terima kasih pada ifa yang sudi bagi award nie!hehehe
Suka tengok dia menang banyak giveaway.. Jeles..hehehe

3. pastikan font pink!
baek boss!!!

4. tag 5 org atau lebih yang blognya pink..sape ye??
semua para blogger yang blog dia da kaler pink walaupun setitik..hehehehe
boleh tak macam tu????



Wednesday, November 24, 2010

Heran Betul La!!

Heran sungguh laaa...
Hah.. Apa yang herannya Cik Nad oi..
Heran laaaaaa

Hangpa penah dengaq tak orang tak makan durian tapi makan tempoyak..
Tempoyak tu bukan durian ker??

Ada yang makan tempe+ tau fu fa tapi tak minum ayaq soya..
Bukankah tempe itu diperbuat dari soya???


Hat paling syok!! dulu kecik2 minum susu tak mau-mau sampai dah p sekolah pun dok usung botoi..
La ni dah besaq2 tengok susu pun tak lalu nak minum..
Apa cer????


Hangpa paham dak apa che' dok meraban nie....

Macam-macam perangai pelik manusia nie...
Heran sungguh!!!
Apa perangai pelik anda??

Wow!! Superstar Blogger...

Hmmmm, masa untuk membalas segala hutang piutang tag serta mencekup award..hehehe
Award ni Nursaiyidah yang bagi..tak tau dia ni pangkat adik ke akak..hehehehe
Tak sempat nak kaji dah..

Ni awardnya..



Sila jelaskan kenapa anda suka berbeloging
Sebab blogging tu hobi saya. Saya jenis manusia yang tak banyak cakap. Sakit jiwa, seronok, marah, sedih suma simpan dalam hati..
Klu dah tak larat nak pendam s0rang2 dalam hati  menulis la jawabnya!!!

Apa motif anda tarik follower? Anda superstar ke?
Takda maknanya.. Saya tak pernah tarik follower..huhuhu...
Klu sapa nak follow mesti iklas okey..

Cerita sikit perangai anda
Suka pendam rasa..
Suka tido merepek, merapu dan meraban!!
Tak lupa juga melagho!!!hehehe

Pernah terfikir nak masuk magazine aka me-war-war kan belog anda. mengapa?
Magazine tak terfikir.. cuma stakat seronok2 dan war-warkan kat kawan-kawan jer..huhuhu

Sila tag blogger laen
Adoi.. Malasnya nak men tag2 nie..
Kepada semua pelawat dan peminat blog budak buchuk ni anda memang superstar..
Sila amik okey..



Masa Untuk Bercuti!

Horey!!! akhirnya cuti telah diluluskan selama 3 hari bermula isnin minggu depan..hehehehe
Masa untuk berpesta!!!

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang bagi idea yang sengal gak untuk apply cuti..hihihihi
Padahal bukan teruk mana pun nak mintak cuti..
Tapi rasa tak sampai nak tinggalkan ofis tu yang lebih..hakhakhak..
Bajet pekerja cemerlang konon..hehehe



Owh!! Selamat datang Shah Alam..
Selamat tinggal Kedah!!!!heehe



plezzz, jangan rindu2 budakbuchuk yea minggu depan..heheheh

Tuesday, November 23, 2010

Cari Lelaki Kaya.. Jamin Masa Depan?

Ada tak mak korang atau tok nek mahu pun jiran-jiran korang cakap "klu nak cari laki bior yang kaya, nanti senang masa depan"..

Apa maksud tersurat dan tersirat mereka!!!!

Benarkah klu dapat suami yang kaya kehidupan kita akan terjamin!! Habis tu macam mana dengan lelaki yang hidupnya sederhana ataupun susah!!


Owh!! saya bantah sama sekali.. wang tak menjaminkan kebahagian!!
Ada jugak perempuan yang suka cekup laki kaya sebab kepentingan diri sendiri bukannya untuk masa depan..
untuk kepentingan diri dan masa depan tak sama erk!! pe aku meraban nie..huhuhu..

Tapi klu terlalu mengejar lelaki kaya tidak rasa takut atau malu bagi wanita sekiranya dikatakan perempuan murahan atau mata duitan..
Seharusnya kita bersyukur dengan pasangan kita dan bukannya mengikut trend atau kehendak orang laen dan terlalu mencari kesempurnaan..

Yang kaya tak semestinya sempurna dan yang tak kaya tak semestinya susah!!
Biar kaya budi bahasa buka kaya harta jea...

Monday, November 22, 2010

Selamat Menempuhi Peperiksaan Akhir


Selamat menempuhi peperiksaan akhir dekat U dan jugak yang nak amik SPM 2010 kepada semua blogger 
Tak lupa jugak pada adik Cik Nad yang akan amik SPM jugak iaitu Mohd Shafiq!!!
Tolong dengar cakap Mama sama, jangan dok merayau je..
Kepada Anna kat UUM dan semua rakan-rakan Cik Nad, jangan dok melagho jer..

Semoga Berjaya!!!

Sunday, November 21, 2010

Selamat Pengantin Baru!

Semalam 2 orang Cik Nad masa kat poli telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan masing2..
Selamat Pengantin baru kepada Fasha Hussien dan Liza

Fasha dan pasangannya..

Sorry Fasha!! tak leh datang kenduri dia sebab banyak sangat masalah..huhuhu
Kepada Liza.. Weh!! ko kawen tak jemput pun..
Tapi klu jemput pun belum tentu lagi boleh datang kan??

Oh!! Cik Nad bila plak erk..hehehe
Cik Nad tak leh kawen selagi Cik Anna tak kawen coz dia da booking Cik Nad jadi pengapit dia..
So, tak leh la kawen awal2..hehehe
Boleh erk camtu...

p/s- klu dah kawen boleh tak jadi  pengapit..hehehe

Bila Aku Bersuara!!!

Oh!! bila si bisu ni mula bersuara pasti ada yang akan mula terasa..
Bila berkata-kata mesti tak ingat dunia..
Bukannya apa, sekadar menyuarakan hasrat atau pendapat..
Walaupun kadang-kadang pedih tapi tu jela cara orang nak menyampaikan hasrat..

Tapi lebih senang bagi diriku menulis, memendam rasa atau dah tak tahan sangan menangis!! Itu adalah kepuasan yang lebih. 
Itulah perempuan.. nangis..nangis dan nangis..
Tak tahu mengapa setiap kali mempersoalkan sesuatu @ hal peribadi mesti mendapat reaksi yang negatif!!
Adakah sebab tak da pendidikan tinggi orang tak boleh bagi pendapat/pandangan kita kepada orang yang lebih pendidikan dari kita!!!
Ada je yang tak kena...

Dimanakah hak kita sebagai manusia untuk menyuarakan hak dan pendapat kita!!!


Friday, November 19, 2010

Dah Mula Kerja...

Salam sume..
Setelah bercuti selama 2 hari sempena raya korban akhirnya hari nie da mula keje balik..
Dalam kepala hotak nie dalam mood cuti jer..
Sok lusa cuti plak hujung minggu!!!
Asal laaaaaaa bos tak bagi cuti direct jer Rabu sampai Ahad..
Tidak ke dia tahu yang semua staff dalam ofis ni mengharap sangat hari nie cuti..huwawawawawa...




Esok cuti plak, yeayyyyyy..huhuhuhu

Thursday, November 18, 2010

Cerita Hari Raya!

Haaaaa, tepat jam 12 tengah malam nie berakhir la segala cuti hujung minggu dan raya kepada semua orang..
Tapi tak kepada para guru-guru coz cuti sekolah baru je bermula..Bestnye..
bila la nak boleh jadi cikgu ni.. berangan!!!

Hari raya adalah hari yang paling meriah bila semua berkumpul...
Time tu la nak cerita segala macam..

Si mak-mak nak cerita pasal anak-anak masing-masing..

Time nie la nak angkat darjat tinggi melangit yang anak diorang hebat!!Itu dah menjadi kebiasaan.Klu yang tak suka nak dengar tu harap beredar dari tempat duduk masing-masing. Klu nak tunggu dengar jugak harap-harap tak bernanahla telinga tu..hahahaha

Mak Long @ Mama--> takde benda nak cita kehebatan anak-anak so cita jela pasal anak mengasuh yang cerdik dan comey lebih dari anank-anak dia..hahahahk tuih!!

Mak Ngah--> dok sibuk bercerita kes banjir kat umah dia Jitra + mengangkat anak dia yang dapat 5A dan yang bakal jadi nurse tak tau taun bila.. Amin.. Mudah mudahan makbul!!

Pak Lang --> balik tak da benda nak cita coz bini dia tak balik kena ngasuh kat umah dia kat Sg Bakap.. Dia bali kdengan anak-anak dia jela 3 orang.. 2 orang lagi tinggal dengan bini dia..huhuhu

Mak Jang--> beraya kat KL.. Tak raya kat kg coz nak simpan duit beli Inspira katanya..hahahaah

Mak Teh--> mengangkat martabat  BF muda dia gaji 4K sebulan.. AAK!!hahaaha..sorry beb..


Si anak-anak lebih suka duduk atas kayangan online dan tido..hahaha.. Tu la aktiviti raya kitorang..

Projek Mengecat Di Hari Raya

Salam sume..
Selalunya malam raya orang sibuk dengan buat ketupang rendang..
Tapi abah sibuk mengecat bahagian depan rumah tok yang baru tambah tuh!!
Memang la kan!! takkan abah nak buat ketupat rendang lak erk..heheheh
Eh!! apa salahnya klu laki-laki buat ketupat rendang kan???




Tak sempat habis malam raya, sambung plak pagi raya..
Lepas balik solat raya sambung plak projek yang tergendala..
Adoyai!!!

Sok tok buat kenduri korban...
Jemput semua datang yea...
Nitezz..

Tuesday, November 16, 2010

Tak Akan Ku Lupakan...

Malam semalam dikejutkan dengan pemergian sahabat kelas Cik Nad masa kat SKPA dulu iaitu Nur Farhana Johari.
Amat terkejut dengan berita pemergian beliau..
Beliau telah meninggal dunia pada pukul 5 pagi pada 15/11/2010


Beliau dikatakan meninggal disebabkan penyakit SLE..
Setelah hampir 10 tahun kitorang terpisah, akhirnya facebook telah menemukan kami semula bersama-sama dengan rakan yang laen..
Tak sampai setahun kitorang berjumpa balik dia telah menemui Ilahi..


Beliau merupakan seorang yang lemah lembut..
Masa dalam kelas dulu masa menyembang jenuh fokus dekat dia sebab dia cakap pelahan sangat..
Sopan jer..
Tapi tu semua kenangan...

Antara kenangan yang Cik Nad takkan lupa sampai bila-bila masa kitorang jumpa balik dalam fb..
Habis semua gambar kawan-kawan kitorang tag..
Buat conference ramai-ramai, lawan gaduh la,macam-macam laaaa..huhu


Arwahyarhamah jugak yang terawal wish besday kat fb Cik Nad...



Yang paling Cik Nad tak boleh lupa masa kitorang gurau-gurau bila Syahmi Syafiq wish besday kat Cik Nad..huhuhu

Syahmi!!! ko tak nyanyi pun kat dia masa besday dia 11 Oct ritu..huhuhu

Alhamdullilah, arwahyarhamah telah pun selamat menggenggam ijazah..
Dia dah konvo baru-baru ni kat UPM..
Cik Nad pun tak pasti dia amik kos apa.. Tapi dia memang bijak orangnya...


Semalaman Cik Nad tak boleh tido dengan lena kerana asyik teringatkan arwah dan tak sangka terlalu cepat dia meninggalkan kami semua..

Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Al-Fatihah


Monday, November 15, 2010

Bercium Di Tempat Awam! Memalukan...

Salam sume..
Baru jer tadi rasa loya-loya bila baca kisah cinta dua alam..
Ni rasa nak muntah terus bila tengok video minah pendek akal yang merayu-rayu meraung2 kat bf dia sebab bf dia nak tinggalkan dia kot..
Entah!! Memalukan betul!!



Tepi jalan raya berasak-asak tu pun sempat lagi nak berpeluk cium..
Memang la sedih klu yang kita sayang tinggalkan kita, tapi bukan macam tu caranya!!!

Apa nak jadi dengan budak-budak zaman skang..
Mintak simpang la jadi benda-benda macam ni kat keluarga Cik Nad...

Tak tau ker perempuan tu yang jantan tu belum tentu lagi nak buat dia jadi bini!!!
Apa perasaan mak ayah dia klu diorang tengok video nie..
Memang sah-sah la dapat cam muka anak diorang!!


Sekitar Kawasan Bencana Banjir

Salam..
Saja nak kuburkan gambar-gambar masa banjir besar kat Kedah baru-baru nie untuk tatapan anak cucu pada masa akan datang..
















p/s - nasib baek la Sg Petani dengan Yan tak banjir.. Alhamdulillah..