Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Sunday, April 24, 2011

Tak Perlu La Nak Bagitau 1 Dunia kOrang Bahagia...

Ada yang kata tak perlulah nak paparkan status relationship kita dalam facebook sebab mendatangkan fitnah je, ada pula yang kata perlu!!!!
 konon nan menunjukkan kesetiaan tahap gabanlaaa pada pasangan diorang...
Bagi yang dak berkahwen tu okey la.. Macam mana plak yang dok bercinta macam monyet tue???

 Rakan-rakan blogger pun ramai jugak yang share pasal benda ni, malas la nak ulas panjang lebar...

 Tapi apa yang orang tak paham tu perlu ker nak bermanja2 dalam facebook!!!

Eeee,tolong la.. kalau yang dah kawen tu tak pe la kononnya nak menunjukkan kasih sayang diorang laki bini..
Tapi takkan la 1 dunia nak kena baca, menyampah aku!!!
Manja dalam umah sudahla le, jangan la sampai 1 dunia nak heboh yang korang bahagia sangatttttttttt... tolong laaa...

Bila sang suami sibuk mencari nafkah kat luar yang bini kat umah tak tentu arah dok meroyan update facebook kat umah..
Cukup bulan laki tu jugaklaaa nak kena bayar bil letrik, bil tenet segala bagai...
Masak ke kemas umah da gak paedah!!!

bosannye, bila b nak balik nie..
petang ni b balik setelah seharian bekerja, rindu b.. (uweeekkks)
emmm, hujan..sejuknye..teringat kat b .. ape kejadahnya??


Ada bagusnya jugak bila laki bini sibuk bekerja tak da masa nak beramas mesra dalam facebook.. Naseb baek la dah kawen!! tapi cover-cover la sket weh!! Kalau budak-budak bawah umo baca camne??

Bagi yang belum kawen lagi haru!!

Okey, len kali je hapdate!!! byee...


 

Wednesday, April 20, 2011

Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pakai Legging Hukumnya HARAM!!!




Ramai di antara anda wanita di luar sana beragama Islam tetapi memakai SELUAR KETAT dan LEGGING di khalayak ramai dan menjadi tontonan lelaki-lelaki bukan suami.

Ramai wanita Islam menyangka "BOLEH ! APA SALAHNYA PAKAI LEGGING ", asalkan pakai baju labuh. Hakikatnya, wanita Islam tetap tidak boleh memakai seluar yang berkain nipis dan ketat (LEGGING). Seluar jeans ketat pun sudah dipersetujui HARAM oleh para alim agama, apatah lagi LEGGING yang sudah jelas-jelas mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka.


Sebab-sebab HARAM pakai legging adalah:


1. Berpakaian tetapi telanjang.
sabda Rasulullah s.a.w. :

"akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (sokhih bukhori)
Kononnya sudah bertudung, memakai baju, kain dan seluar apabila keluar, tetapi masih ditafsirkan sebagai 'telanjang' ?. Kerana, baju, kain dan seluar yang dipakai wanita itu tidak benar-benar dan tidak sungguh-sungguh melindungi dan menutupi bahagian-bahagian aurat badannya.

a) Warna fabrik kain atau seluar sama warna dengan kulit.
b) Fabrik kain terlalu nipis.
c) Fabrik terlalu lembut dan apabila lembut ia menampakkan alur bentuk badan wanita itu.
d) Tidak longgar (ketat) maka ia mengikut potongan badan seperti betis, peha, punggung, alur vagina, bentuk buah dada dan pinggang.

Wanita-wanita ini berjalan ke sana ke mari hanya berpakaian secara fizikal, tetapi lelaki-lelaki yang memandang mereka dengan 'senang dan segera' dapat membogelkan mereka dengan pandangan mata.


2. VPL (Visible panty line)


Merujuk kepada wikipedia, VPL adalah "A visible panty line is the situation when the outline of a person's underwear is visible through the clothing. The underpants may be seen as a ridge or depression in the clothes, or as a result of the clothing material being sufficiently transparent." Senang cerita, seluar ketat dan legging boleh menampakkan bentuk bontot dan bayangan seluar dalam wanita dari pandangan luar.


Many cultures disapprove of the display of underwear, and a visible panty line is generally considered undesirable and embarrassing. Banyak budaya (terutama sekali Islam) menyatakan dengan tegas bahawa seluar ketat (LEGGING) ini menyakitkan mata lelaki (maksiat mata) dan menjatuhkan maruah wanita.

At the same time, a visible panty line is at times deliberately created for its erotic impact.
Oleh kerana Legging itu sangat ketat, ditambah pula dengan berkilat ia akan menyebabkan wanita yang memakai itu menonjolkan imej seksi dan erotik serta menimbulkan rasa stim ke atas lelaki-lelaki yang memandang.


3. Nampak bentuk bontot dan alur vagina.



Bukan lucah atau kasar, tetapi itulah kesannya memakai legging di tempat terbuka. Memang bodoh wanita Islam yang sudah tahu dirinya mempunyai betis yang mampat, peha yang gebu dan bontot yang agak besar TETAPI berani memakai legging ketat bersama baju kontot atau pendek di hadapan lelaki-lelaki bukan suami. Memang bodoh !


Amat mudah para lelaki untuk meng X-ray apa yang terselindung di sebalik legging itu. Kemudian, bermain-mainlah idea-idea kotor dan fantasi cabul, rogol di dalam minda lelaki-lelaki itu.


4. Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan pakaian seksi.


 

Pakai tudung ? Bagus ! Itu menepati kehendak Islam. Tetapi kenapa anda (wanita) memakai bersama seluar ketat dan legging pula...?? Itu namanya mencampur adukkan yang HALAL dengan yang HARAM. Air dan minyak tidak boleh bercampur.

Tudung + Baju labuh dan longgar + Seluar longgar = HALAL
Tudung + Baju sendat dan kontot + Seluar ketat dan legging = HALAM...??
Tudung + Baju labuh + Legging = HALAM...??

Walaupun LEGGING dipakai bersama tudung dan baju paras lutut sekalipun, ia tetap tidak sesuai dari segi peraturan pemakaian Islam kerana bahagian betis wanita masih nampak 'ketat'. Maka ia juga menampakkan bentuk aurat wanita.

Sesetengah wanita menganggap pemakaian Islam ini kolot, tetapi sebenarnya tujuannya adalah untuk melindungi maruah wanita Islam dari pandangan seksual kotor si lelaki. Ini adalah kerana hampir keseluruhan bahagian tubuh wanita termasuklah kaki, betis, peha, punggung, kemaluan, dada, leher dan malah wajah wanita sangat mudah mencetuskan nafsu seksual lelaki. Seterusnya ini boleh mengundang imaginasi kotor dan persepsi jahat si lelaki terhadap wanita Islam itu.

Oleh itu, jika mahu menutup aurat dan berimej wanita sopan, biarlah bersungguh-sungguh. Baru mendapat pahala.



5. Legging Itu Pakaian Berunsur Fetish Seksual


Sexual fetishism, or erotic fetishism, is the sexual arousal a person receives from a physical object. Fetish seksual adalah rasa teruja dan terangsang nafsu seks apabila menyentuh atau melihat bahagian atau aksesori wanita yang tertentu contohnya LEGGING dan SPANDEX.

Jika dicari terma SPANDEX dan LEGGING di internet, banyak yang menghubungkaitkannya sebagai pakaian perangang nafsu seks lelaki. Dengan kata mudah, LEGGING sering dimanipulasikan di dalam gambar-gambar lucah wanita.

Secara agak kasar, pantyhose, tights, spandex dan legging adalah pakaian yang dikategorikan fetish yang mampu menyebabkan para lelaki merasa stim dan ereksi penis.

Bayangkanlah anda seorang wanita Islam ditambah pula sudah berkahwin, berjalan ke sana ke mari di tempat awam memakai legging ketat dan kemudian disaksikan dan direnung oleh mata lelaki-lelaki yang gila perempuan.

Anda sengaja mencari nahas.


6. Pemujaan Kecantikan Wajah Dan Bentuk Badan Hanya Untuk SUAMI Sahaja.

Berhias untuk suami. Bermake-up cantik suami. Pakai baju tidur seksi untuksuami. Pakai mini skirt untuk suami. Pakai seluar ketat untuk suami di ranjang. Pakai legging ketat nampak bentuk peha dan bontot untuk suami. Pakai baju jarang untuk suami. Pakai seluar jeans ketat untuk menggoda nafsu sekssuami. Semuanya khas dan istimewa untuk merangsang nafsu seks suamibukan lelaki-lelaki di tempat awam atau di tempat kerja.

Salin sebijik sejebon dari sini

 

Kasut Makan Tuan?? Nak Petua...

Selamat petang semua..

Nak tanya sket nie, kaki korang penah melecet tak bila pakai kasut @ sandal yang baru dibeli???

Pernah??? bagi mengelakkan kaki korang melecet cuba korang amalkan beberapa petua kat bawah ni, InsyALLAH menjadi!!!

[1] gosokkan lilin putih pada sekeliling tepi sebelah dalam kasut sebelum pertama kali dipakai. Gosokkan batang lilin pada kasuk bukannya bakar kasut korang

[2] sapukan bawang merah pada kaki anda, Cik Nad pun tak tau untuk pe??comfirm 1 badan korang akan bau bawang..hahaah

[3] sapukan minyak masak @ losyen disekeliling tumit kaki untuk melicinkan bahagian tumit kaki.

[4] gigit kasut yang anda baru beli dan berkata dalam hati, "tolongla jangan makan kaki aku"... kalau tak jadi jugak korang telan je kasut tu..


[5] tak menjadi jugak semua petua diatas??? korang cuma ada 2 pilihan sama ada tak payah pakai kasut atau potong je kaki tu..hahaha

Sekian..



Wednesday, April 13, 2011

Bila Moto Buat Perangai!!!

Selamat pagiiiiiiiiiiiiiii tengahari!!!

Harini bermula dengan kejadian kurang baik!!!
Adoi, tekanan betul..

Dah la semalam balik moto tetibe rosak tepi jalan..
Mau tak gabranya dengan bateri henpon nyaris-nyaris nak mamp0s..
Naseb baek kredit baru je topup, kalau tak lagi hari..

Nak mai ofis plak pagi ni tayar plak pancit, naseb baek perasan dari kat umah g..
Kalau tak lagi la meraung kat tepi jalan..
Mana nak da nya kedai m0t0 bukak pepagi buta nie..
Naseb-naseb..

Adoi, nak kena buat muhasabah diri la agaknyaaa..
Ada je yang tak kena..

Ataupun humban je m0t0 tu dalam laut, suka buat perangai!!!

To MAMA------> Happy Birthday!!!!

Saturday, April 9, 2011

Promosi Hebat!! Iklan Churp-Churp..

Beres Tiruan La Plak.. Macam-Macam Hal!!!

Hai, macam2 hal la skang kita dengar.. Dari kes telur tiruan kini timbul pulak isu beras tiruan!!

makan tiga mangkuk beras ini adalah sama dengan kita makan seguni plastik

Friday, April 8, 2011

Chait!! Telur Tiruan Pun Ada..

Selamat malam...

Sejak beberapa hari yang lalu negara di gemparkan dengan beberapa berita pelik seperti telur tiruan dan fanomena us0p wilcha.....
Memang dasyattt!!!!
korang setuju tak??? kalau sape setuju sila angkat tangan macam sayeeeeeeeee..hehehe

Sebut pasal telur tiruan ni memang tak terpikir dek akal benda macam ni nak jadi..
Telur ayam pun kena cetak rompak!!! macam lawak pun ada..

Tapi sebagai pengguna kita kena berhati-hati sebab takut memudaratkan kesihatan kalau termakan telur tiruan nie...
Meh kita tengok apa yang membezakan telur asli dan tiruan!!


Negara China memang bijak dalam menghasilkan produk tiruan neh!! meh tengok cara telur tiruan dihasilkan..


Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.

Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat


Lapiasan luar telur kuning terbentuk


Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.

Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !


Bijak kan!!! semuanya kerana nak untung!!!



Tak tau la apa nak jadi dengan zaman sekarang,sedangkan manusia pun ada yang tiruan (yang lelaki nak jadi perempuan dan sebaliknya) inikan pula telur !!!




Tuesday, April 5, 2011

Salam Takziah Buat Eija..

Selamat malam semua..
Cik Nad nak ucapkan salam takziah kepada kawan Cik Nad iaitu Ieja diatas pemergian tunang tersayang akibat kemalangan yang berlaku..

Rasa cm tak caya je sebab baru je tau dia tunang dengan arwah awal taun nie, Ieja nie member 1 ofis dulu masa dia buat part time kat ofis Cik Nad...

Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Jun depan, maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 16 Jalan Kuala Berang-Sungai Tong berhampiran Kampung Tengkawang Lubuk, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.48 tengah hari itu, Muhamad Nizam Mohd Nor, 23, (atas) yang dalam perjalanan dari bandar Kuala Berang ke Gawi meninggal di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika melalui selekoh di situ, mangsa yang memandu pacuan empat roda Toyata Fortuner milik jabatan berkenaan berselisih dengan sebuah Perodua Kancil dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit sedalam dua meter.

Mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah bertugas dengan KDRM daerah Kemaman dipercayai dalam perjalanan menghadiri mesyuarat yang diadakan di Kuala Berang, bermula semalam.
Rakan setugas mangsa, Mohd Sabri Sarju, 40, berkata sepanjang mesyuarat diadakan di sini, mangsa tinggal di Perumahan Kastam di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.
Katanya, mangsa seorang yang periang dan cepat mesra dengan rakan setugas, namun ketika berada di tempat letak kereta di perumahan itu, arwah begitu pelik apabila tidak bertegur sapa dan berubah menjadi seorang pendiam.
“Saya berasa pelik terhadap perubahan yang berlaku kepada arwah dan tidak mengesyaki perkara buruk terjadi padanya dan mengambil hal itu sebagai perkara biasa. Saya terkejut apabila mendapat berita kemalangan sehingga kehilangan nyawa,” katanya ketika ditemui di bilik mayat, Hospital Daerah Hulu Terengganu di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, mengesahkan kejadian itu.
.