Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Saturday, April 21, 2012

Keterujaan Pada Gigi Besi!!

Salam, korang tau tak apa itu gigi besi? dalam bahasa kampung orang panggil pendakap gigi, orang pekan panggil "braces".. Mustahil la korang tak tau kan??


Sebenarnya Cik Nad terlalu teruja kalau tengok gigi orang yang pakai braces ni. Nampak sweet.. Tak tau la tang mananya yang nampak sweet sangat tu..hahaha. Tambah-tambah laki plak yang pakai, perghhh gatai!!

Dulu masa kat ofis ada la sorang kak ni datang mintak buat praktikal, dia pakai braces!! dalam hati dah siap simpan soalan bila dia masuk praktikal nanti nak tanya, "best ke pakai gigi besi??" hahaha.. tambah plak braces dia asyik bertukar warna je, bertambah teruja la...hahaha

Dulu pernah gak teringin nak pakai, konon-kononnya nak samakan gigi bawah jela,susunan agak terabur!! Gigi atas ok je. Tapi ada ke doktor nak pasang braces kat gigi bawah je??hahaha. Ah, lupakan je..

Sape-sape nak nak pakai braces ni kena ada daya ketahanan mental dan fizikal, sepupu gtau seminggu jugakla dok meraung menahan sakit, tu pun makan bubur je. Tapi ikut jugak la tahap keganasan doktor yang rawat korang dan jenis gigi korang yang bermasalah tu.. Pastu yang penting fulus kena banyak, rasanya pakai braces ni makan ribu riban la jugak!!

Kalau mak ayah korang keje tentera, boleh la g buat dekat Hospital Angkatan Tentera (Resat).. Rasanya sepupu Cik Nad buat free je, kalau tak pun dapat murah la kot..Wallahualam!!

Jadi sapa-sapa yang nak pakai tu, selamat mencantikkan gigi!!!


Wednesday, April 11, 2012

Ramalan Tsunami Malam Ni

Salam, minta semua rakan-rakan yang tinggal berhampiran dengan pantai di minta supaya berjaga-jaga kerana ramalan tsunami telah di keluarkan..

Semoga ALLAH S.W.T lindungi umatnya sekelian alam.. Amin


UPDATE SEMASA: Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.