Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Monday, July 30, 2012

Bawal Sulam RM25 Sahaja

Yeaaaaa, shoping online lagi. Baju dah beli tinggal tudung plak..
Tudung bawal sulam Cik Nad dapat dengan harga RM25 je sehelai tak termasuk kos pos le..
Murah tak, ni sulam yang atas kepala tu bukan yang jenis biasa tau..
Tapi yang ni bawal no. 2 so murah sikit tapi kualiti kain dia still ok!!


Jom klik kat sini kalau berminat!!


Saturday, July 28, 2012

5 Tahun RM50 Je

Hai peniaga semua!!
Ada ke yang berniaga kat sini? tak kesah la perniaga online ke offline.
Janji yang berdaftar dengan SSM, jom ambil kesempatan ini dengan merenew lesen perniagaan anda dengan hanya RM50 sahaja untuk 5 tahun!!
Kalau yang belum daftar tu boleh la g SSM berdekatan anda sebab ada pakej terbaik kerajaan bagi untuk anda!! cewah..haha..

Renew untuk 5 tahun terus, anda akan jimat lebih kurang RM250.. Siapa nak bagi kan?? RM250 tu dah boleh beli baju raya dah..

1 TAHUN: RM60
5 TAHUN: RM50



Cik Nad pun ambil kesempatan ni untuk bayar ayah Cik Nad punya..

 


Ambik ko 2018 baru pergi renew lain, silap-silap boleh lupa ni sebab nak tunggu 5 tahun lagi..hehe
Tawaran ni sehingga 31 Disember 2012, lepas daripada tu harga seperti asal ye!! Jangan nak melutut kat orang SSM mintak diskaun plak..hehe



Friday, July 27, 2012

Penghantaran Kali Kedua!

Beberapa minggu lepas ada terima notis dari pos laju, ada bungkusan katanya tapi tak da orang terima sebab tak da orang kat rumah..
Tau dah kalau jenis hantar hujung minggu ni comfirm-comfirm Cik Nad ada kat kampung!!

Notis tu dia suh tuntut dekat pejabat dia dekat Bakar Arang, lebih kurang 15 ke 20 minit la dari rumah, kalau naik keta maka masa setengah jam ++++ la jawabnya..



Fikir-punya-fikir
Last-last macam malas nak g tuntut sebab dah tau dah benda apa yang diorang nak hantar tu..haha. Kalau korang nak tau Cik Nad ni kak kutip sampel,haha.. Dah benda free amik jela kan!!
Lagipun kawan-kawan pun dah kecoh dah gtau kata sampel diorang dah sampai.

Ingat nak abaikan jela benda tu, anggap jela tak da rezeki. Cewah!!

Tup-tup beberap hari lepas balik je dari keje tengok ada bungkusan poslaju, sikit punya besar bungkusan dia..hehe
Ni yang nebes ni, rasanya tak da order barang online, sapa plak bagi hadiah ni, besday lambat lagik..hahah


Bila dah buka!!

Laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Rajin la pulak posmen ni datang hantar bendar alah ni, kiranya ada rezeki Cik Nad lagi la...hahaha
Nak tau benda apa??!!
















































Tarra!!! terkejut tak?? saheh semua muka pelik..hehe
 Sample Maggi Goreng baru!! 



kotak dia kemain cantik!! Isi dia 2 bungkus maggi je, hehehe



Terima kasih En Posmen, sebab anda saya dapat merasa Maggi goreng baru!! cewah padahahal boleh je beli sendiri
Terima kasih 


#tetiba lak rasa cam nak makan Megi, puasa oi pusa!!

Wednesday, July 25, 2012

Yakult! Penghantaran Dari Rumah Ke Rumah

Time rehat tadi ada seorang jurujual datang ke ofis untuk promote barang dia, ingatkan benda apa rupanya air minuman Yakult!!


Dia bagi tau yang sekarang Yakult ada menawarkan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah. Tapi cas penghantaran dia tak bagi tau plak. Yang dia gitau cuma harga sepeket RM3.90 je!!

Time tu Cik Nad tengah gigih sampai pening dok mengisi borang cukai soooo iye kan yela apa dia cakap!!




Ni risalah yang dia bagi..




Lupa lak nak pesan kalau dia nak datang lagi suh bawak sampel air Yakult banyak-banyak!!hehehe


Tuesday, July 24, 2012

Status Terakhir!

Korang penah terfikir tak yang status facebook, twitter ataupun entri blog yang korang upate tu menjadi status atau entri yang terakhir dalam hidup korang sebelum maut datang menjemput?? mesti tak pernah terfikirkan??

Tapi Cik Nad selalu terfikir!!

Sebelum ni pernah terbaca entri atau status terakhir  rakan-rakan yang dah tak da, sedih!! mungkin macam tu la jugak bila kawan-kawan kita baca entri atau status kita walaupun benda yang kita tulis tu sesuatu yang ceria dan menggembirakan!!



Kadang-kadang terfikir macam mana la keadaan kita bila dah tak da dalam dunia ni.
Ya Allah!! takutnya..
Masa berfikir tu ada timbul keinsafan sikit, tapi lepas tu godaan dunia buat kita lupa semuanya..huhu

YA ALLAH..Lanjutkan Usia Kami Dengan Penuh Keberkatan Umur dan Kehidupan!




Trend Tudung Bawal!

Sekarang ni memang dah macam-macam trend tudung bawal, payah dah nak jumpa bawal kosong yang ada sulam kat tepi tu area Sg Petani ni, kalau ada pun MAHAL ya rabbii!! Tu  pun jenis simple-simple ja..


Yang banyak kita jumpa skang ni jenis sulam ala-ala crown tu la kan, tengak orang pakai cantik tapi bila nak pakai sendiri rasa macam sarat sangat, mungkin atas faktor merendah diri..hahaha


Bawal kosong jenis tone colour pun ada, bukan setakat 1 tone, 2 dan 3 tone. Yang bertone-tone pun ada. Janji dompet penuh boleh la buat pilihan yang mana anda suka..hehe
Dekat-dekat nak raya ni mesti banyak promosi dan pilihan, tak kira la secara online  @ offline!!

Tudung bawal ni memang selesa, dan memang takkan di telan zaman. Cewah!!


Monday, July 23, 2012

Khasiat Buah Kurma



Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan". Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.


KHASIAT  BUAH KURMA


Kurma matang mengandung gula sekitar 80%, sisanya terdiri dari protein, lemak dan produk mineral termasuk tembaga, besi, magnesium dan asam folat.  Kurma kaya dengan serat dan merupakan sumber kalium yang sangat baik.
Lima butir kurma (sekitar 45 gram) mengandung sekitar 115 kalori, hampir semuanya dari karbohidrat.
  • Kaum Arab Badui, yang makan kurma secara teratur, menunjukkan tingkat kejadian yang sangat rendah dari kanker dan penyakit jantung.
  • Buah kurma kaya serat yang mencegah penyerapan kolesterol LDL dalam usus.
  • Kandungan serat kurma juga membantu melindungi selaput lendir usus denganmengurangi paparan dan mengikat bahan kimia yang menyebabkan kanker usus besar.
  • Sebagai makanan laksatif (laxative food), kurma bermanfaat melancarkan buang air besar dan mencegah konstipasi.
  • Kurma mengandung antioksidan yang dikenal sebagai tanin. Tanin diketahui bersifat anti-infeksi, anti-inflamasi dan anti-hemoragik.
  • Kurma adalah sumber vitamin A, yang dikenal memiliki sifat antioksidan dan sangat penting untuk kesehatan mata. Vitamin A juga diperlukan menjaga kulit tetap sehat. Konsumsi buah-buahan alami yang kaya akan vitamin A  diketahui membantumelindungi dari kanker paru-paru dan rongga mulut.
  • Kurma merupakan sumber zat besi yang sangat baik. Besi adalah komponen darihemoglobin di dalam sel darah merah yang menentukan daya dukung oksigen darah.
  • Kalium dalam kurma adalah komponen penting dari sel dan cairan tubuh yang membantu mengendalikan denyut jantung dan tekanan darah, sehingga memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koroner dan stroke.
  • Kalsium merupakan mineral penting dalam pembentukan tulang dan gigi, dan dibutuhkan oleh tubuh untuk kontraksi otot, penggumpalan darah dan konduksi impuls saraf.
  • Mangan digunakan oleh tubuh sebagai unsur pendukung untuk enzim antioksidan superoksidan dismutase.
  • Tembaga diperlukan dalam produksi sel darah merah.
  • Magnesium sangat penting bagi pertumbuhan tulang.
  • Kurma kaya akan vitamin K dan vitamin B-kompleks, yaitu  piridoksin (vitamin B-6), niacin, asam pantotenat dan riboflavin. Vitamin ini membantu tubuh dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak. Vitamin K sangat penting dalam pembekuan darah  dan metabolisme tulang.

Sumber: Dari pelbagai sumber

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa! Lafaz Niat Puasa..

Malam ni dah mula solat terawih, Alhamdulillah di panjangkan umur dan bertemu lagi Ramadhan kali ini. Tak sabar pulak nak puasa!!

Sebelum tido malam ni apa kata niat puasa terus untuk sebulan, nak baca tiap-tiap hari pun boleh, tapi kadang-kadang takut tak terjaga sahur terlupa plak niat!! Lagi bagus niat sebelum tido kan..hehehe

Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:


Lafaz niat: Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”

Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala 


Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):


Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”
Niat: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). 
Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Adik-adik jangan gigih sangat bermain mercun, jangan sampai puasa baru sehari dah ada kes putus jari, semoga Ramadhan kali ni memberi seribu satu kenikmatan dan amal ibadat lebih baik dari Ramadhan yang lalu. InsyaAllah!

Baju Kurung Cotton Murah!

Hai semua, sekarang memang dah jadi trend orang ramai menggila pakai kain jenis contton, bukan saja murah tapi sangat selesa!!
Cik Nad pun dok menggila jugak la membeli baju kurung kain jenis Cotton, selalunya beli online la walaupun online tu mahal sikit dari kedai kat luar tapi puas hati la sebab corak dia sangat cantik!!

Bekenan punya pasal yang buruk pun nampak cantik.miahaha
Tapi mata saya tak penah silap ok..hehehe
Nak tau Cik Nad selalu beli online kat mana?? cuba klik kat sini
Harga baju kurung dia kurang dari RM100. Agak murah la berbanding yang orang lain jual..
Tetapi kena cepat-cepat book la sebab ramai sangat yang beratur menunggu giliran..hehehe

parcel yang terbaru, malas nak rotate!eheh


cantik tak corak dia, tak sabar pakai dia untuk raya. Harga dia agak murah iaitu dot..dot..dot..hehehe
Nak tau harga sila ke SINI


"SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT TERAWIH DAN PUASA"

Wednesday, July 18, 2012

Madu & Jem Sebagai Doorgift!

Hai, teringin nak cari doorgift yang lain dari yang lain, selalunya g kenduri mesti dapat telur, gula-gula. Tu memang wajib dah kan??

Untuk kenduri korang nanti cuba buat kelainan sikit,hehehe.. Meh sini Cin Nad nak share sket!!

Masa Cik Nad dok jalan-jalan menyemak kat blog-blog yang lain, Cik Nad ada terjumpa web Al- Mashoor, bagi sesiap yang selalu ulang-alik g Cameron Highland mesti korang selalu dengar nama tu kan..

Cuba korang buka web dia, tak payah susah-susah cari.. Klik je kat SINI.. hehehe..Diorang pun ada produk sendiri macam jem strawberry, madu,halwa, teh!
Bakal B2B cuba korang mintak quotation, mana tau rezeki kahwin dapat lagi murah !!hehehe

Boleh jadikan madu & jem sebagai doorgift anda!

Comel kan kalau buat madu sebagai doorgift!!



Tuesday, July 17, 2012

Advance Betul! Puasa Pun Belum

Puasa pun belum, hamper hari raya dah mula jual!!

Alkisahnya kitorang nak beli hamper untuk client sedap diorang ada event apa ntah!! hari keluarga la kot sebelum puasa,hahaha

Selakunya kitorang akan beli kat The Store,  kita boleh request hamper harga berapa yang kita nak.. Tapi kali ni diorang tak mau buat dah, diorang suruh amik yang sedia ada..
Dah la siap ada ucapan selamat hari raya, siap dengan kad raya lagik..

Adoi, advance betul diorang ni..

Beli jugak la yang selamat hari raya pun, tunggu nak togelkan pembalut hari raya tu jela baru hantar dekat  client!!




Selamat berpuasa!!


Monday, July 16, 2012

Print Percuma!

Kai rakan-rakan kolej, nak jimat duit print??
Jom tengok jadual bawah ni, kalau deka boleh le join sekali..hahaha



Untung le boleh jimat sikit!


Thursday, July 12, 2012

Kaki Dan Ekzos Tak Dapat Di-pisahkan!

2 hari sudah bersemangat nak g makan Tat Nasi Ayam kat Lot 88 , sampai depan kedai parking baik punya!!
Lepas turun je dari motor PERGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!! Pedihnya!!
Betis dah melekat dekat motor yang parking dekat sebelah motor Cik Nad, adoyai!!
Mood nak makan nasi ayam pun dah terbantut!

Abang tu pun kalau nak tinggal motor hembus la ekzos tu bagi sejuk dulu, tak pepasal je orang lain jadi mangsa !!huhuhu *tetap tak nak salahkan diri sendiri yang cuai..hehehe


Time kena tu baru jadi merah-merah je,selepas beberapa hari dah jadi berparut!!
Kurang dah duit hantaran 2 ribu, miahahaha
Konon-kononnya guna mederma la untuk hilangkan parut, tak tau la berhasil ke tak, sapu pun bila teringat je, huhuhu

Ada sapa-sapa yang tahu petua hilangkan parut kena ekzos motor ye, kongsilah bersama.
Cewah!!



Wednesday, July 11, 2012

Header Simple Pilihan Hati!

Harini gigh dok buat header baru, kekonon nak buat yang simple, carik gambar tu tak kena, gambar ni tak kena..
Buat itu tak kena, buat ini tak kena!

Last-last batang pokok jugak jadi pilihan, janji nampak simple dan tak menyerabutkan otak, minda, jiwa dan raga!

gigih guna adobe photoshop!miahaha


setakat ni jela hasil dia, simple tak?!hahaha

#sumber pic mr google je!!

Menanti Ramadhan!

Lebih kurang seminggu lagi  kita semua akan menemui Ramadhan.
Semangat puasa + raya tu dah ada, tapi yang lebihnya kepada raya la..hahaha..
Baju raya, kuih raya semua dah siap order!! duit raya je tengah gigih berusaha....hahaha

Waktu berbuka untuk bulan Ramadhan nanti dah ready lekat dekat peti ais sejak awal bulan lagik!
Senang nak tengok kan..

Ini lah di katakan semangat Ramadhan..hehehe



Tuesday, July 3, 2012

Update SPA Sekarang Sehingga 15 Jawatan

Semalam ada terbuka web SPA, kat situ ada bagitau notis yang kita boleh pilih sampai 15 jawatan.. 
WOW!!
15 kau sekali pilih, yang 5 pun sampai juling bijik mata nak pilih!!
Yang untungnya budak ada kelulusan degree pun boleh pilih jawatan yang ditawarkan untuk lulusan SPM

Tapi ada ke yang sanggup  terima gaji untuk kelulusan SPM sedangkan diorang boleh dapat gaji berlipat-lipat kali ganda kalau guna degree..
Yela! rakyat Malysia ni kan demand lebih! tu yang ramai menganggur tu!


Jom upadate sekarang, bagi sesiapa yang belum isi boleh klik kat sini ye. Semoga berjaya, manala tau dalam 15 tu sangkut la jugak 1..
Rezeki Allah S.W.T nak bagi mana kita nak tau kan!!hehe