Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Wednesday, July 3, 2013

Temuduga Ujian Fizikal Konstabel Polis Wanita

Holla ;)

Ada tak baru baru ni yang pergi inteview untuk konstabel wanita. Kalau ada boleh la share pengalaman korang kat sini. Yang akan pergi pada akan akan datang mai sini mai sini nak bagi tips oleh orang yang berpengalaman ni. -______________-

Okay!

First sekali sebelum mula diorang cek fizikal kita dia akan tanya sesiapa yang dah berkahwin? Kalau ada yang dah kahwin boleh balik la sebab dalam surat tu dah tulis dengan jelas nak bujang. Tak kesah la baru akad nikah lepas subuh ke, yang pasti dah jadi isteri orang REJECT ye.

Kalau janda boleh terima sebab kategori bujang kan.

Lepas dah selesai semua diorang akan semak sijil lahir, SPM dengan IC. Kalau takda yang original pandai pandai la korang menjawab.

Lepas semua okay , baru korang akan diberi borang dan isi ye.

Masuk pulak zon cek fizikal iaitu zon paling seram!hahaha

Peringatan penting!!kalau korang rasa berat dengan tinggi korang tak cukup baik jangan datang. Nanti akan membuatkan korang rasa down sangat sangat! better timbang dan ukur ketinggian sebelum dikecewakan. Cewah!

Kalau okay semua sorang pegawai perempuan akan uji kecergasan korang, waktu ni la korang kena buat betul betul! Tunjuk korang punya tahap keaktifan yang paling tinggi. Tudiaaaaaa..

Dia akan tengok tangan korang bengkok ke tak, bahu senget ke tak, jari lurus ke tak dan pastikan telinga korang tu jangan tindik lebih dari satu okey! kalau dapat pegawai yang straighttt memang kena balik awal la jawabnya. Kalaua ada parut parut pembedahan ke luka ke dia akan tanya dan korang kena jawab sampai dia puas hati.

Dah macam pencarian model. Layankan jela.

Bila masuk ujian kecergasan, fuhhhh!! memang rasa neves. Padahal tak teruk macam Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk inteview jadi cikgu KEMAS yang siap ada lari 2.4 KM tu, tak da pun semua tu. Tak payah risau sangat tapi stamina mau kuat.

Pegawai tu akan suruh korang buat sit-up, pumping, lari ulang alik, lunjur kaki pegang ibu jari dalam kiraan 10, pastu buat bicerp. Tu je kot. Ikut nasib korang la dapat pegawai yang cerewet ke tak.

Yang penting suara mesti kuat masa bagi arahan kawad, kalau suara lembut mendayu dayu lupakan niat nak jadi polis.

Keputusan lulus atau tak ujian kecergasan tu dia akan bagitau jugak pada haritu, kalau lulus dia akan ambil la semua sijil yang dia suruh bawak dan korang tunggu panggilan inteview yang seterusyaaa ..


Jangan korang tanya ye kita lulus kat tak ^_____________^


Semoga berjaya


Notakaki: Ujian untuk lelaki dan perempuan mungkin tak sama ye. Rasanya untuk lelaki lagi kental.hahaha