Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Thursday, January 16, 2014

Meronda Muzium Padi, Kedah

Holaaaaaa ;)

Lama dah tak berlintas langsung dari sini, kes kemalasan melanda bab nak menaip dan upload gambar disamping kemudahan intenet yang tak mengizinkan..hahaaaaaaaaaaaa

Okey!

Berbalik kepada cerita!! Esok lusa tulat tungging terbalik cuti kan? Mesti masih terfikir-fikir nak p bawa mak, ayah, adik, abang, kakak, makcik pakcik, jiran tetangga berjalan dekat mana!!

Apa kata rajin-rajinkan diri p tempat berilmiah sikit!! betul tak tau ayat "berilmiah" tu. Maksud dia tempat berilmu laaaaaaa.. gituwwwww..

Jom la pergi Muzium padi!! 

Tak tau Muzium Padi tu tang mana?? Meh sini nak habaqqq

Muzium padi tu terletak dekat Gunung Keriang, haaaa tak tau Gunung Keriang tu tang mana?? Ishhhh ishhh, Gunung Keriang tu terletak dalam kawasan Kota Setar. Meh tengok peta kat bawah!


|
|
|
|
|
v



Harga tiket dia pun murah je, boleh usung 1 kampung, lagi meriah!! Tambah plak hat dok kawasan pekan tu. Silap-silap pokok padi pun tak kenai..hikksss. Boleh la bawak-bawak berjalan ke sini.


Dewasa - RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform) - RM 2.00 seorang




Dalam muzium tu banyak peralatan untuk menanam padi dipamerkan, daripada peralatan zaman dulu sehingga la yang terkini. Kalau nak tahu kena la pergi sendiri. Kan kan kan!

Tarikan yang paling best dekat muzium padi ialah lukisan ala-ala 3D , memang menarik!! Pergi muzium padi wajib naik tingkat atas.

Dekat atas akan ada 1 platform yang berputar, lebih kurang dalam 10 ke 15 minit korang akan rasa melihat lukisan 3D yang hidup membuatkan kita seperti melihat pemandangan yang sebenar. Cewahhh!

Wajib pergi!

Ni sebahagian gambar-gambar di muzium padi, selamat menjamu mata!!


Lukisan ni nampak hidup kan?
|
|
|
|
|
v





Ala-ala mak tani gitu.


Sekian.