Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Thursday, February 2, 2012

Makan Angin - Ladang Anggur Tasik Beris

Hye!!
Sabtu minggu lepas Cik Nad sempat pergi melawat ladang anggur..
 wah!! macam ladang sendiri plak..hahaha

Ladang anggur tu terletak dekat Sik dan semestinya lah kat Kedah kan..
Saja la nak pergi tengok sebab semua orang dok heboh!! orang lain punya la bersusah payah datang dari jauh kan nak tengok anggur..
macam la kat pasar malam tak da jual..hahaha
kita yang dekat ni pun tak boleh pergi..hahaha


Untuk pengetahuan korang harga tiket RM4 untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak
jangan nak berangan masuk free

Tapi kalau setakat nak tengok-tengok dari luar sambil lepak-lepak tepi tasik free je.. Tak payah beli tiket..


jangan berebut-rebut ye

waaa, berselera tengok!!

Tapi!!!

AWAS

Jangan gatal tangan nak petik, masuk mulut dan telan ye..
Pekerja ladang sedang memerhatikan anda..hahaha

siap tulis hadis lagi, sendiri mau ingat!!hahaha
Kalau anda teringin nak makan bleh beli dekat kaunter jual tiket ye..
Harga tak pasti plak..

So dalam ladang tu, korang boleh tangkap gambar jela sambil bergaya dengan buah anggur,hahaha.. Ok pe!!

pasangan serasi bersama, abah  mama

ehem!! 

Lepas bosan tengok anggur, boleh la melepak tepi ladang tu..
Ada tasik yang sangat cantik!!
Boleh la nak amik-amik gambar, tenangkan fikiran kat situ..





Kalau sapa-sapa yang nak tau infO pasal ladang ni boleh la buka website dia ye!!


8 comments:

eszyamin said...

wow..syioknyer..alah kalau byr pastu petik pon x bolehke?

nadya said...

hahaha,xpayah susah-susah nak petik, diorang dah tolong petikkan.. semua siap ada dalam peti sejuk..

S..U..D..@..I..S said...

anak semaian boleh dibeli ka nadia

nadya said...

anak semaian tak pasti la plak dia jual ke x?? cuba col utk dapatkan info..

aisya said...

takleh petik anggur tu sendiri ke? kalau petik sendiri mesti lg best.. =)

M Fizan said...

lama dah tak melawat ladang anggur.. jeles2.. +_+

eikasyaza said...

alolo..robot asimo tu kan...versi teddy bear... hehe

p/s: oit...xbwk blk anggur sket...huhuhu

Farah Hanis said...

Ya Allah, terliur tengok anggur~