Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Wednesday, July 14, 2010

Pusat Komuniti Jalur Lebar Untuk Penduduk Luar Bandar

Salam sume..
Kat sini Cik Nad nak share pasal sesuatu yang mungkin korang tak tau and mungkin yang pernah dengar..
Mungkin yang berada di kampung2 dah biasa dengan benda ni.. 


Yang berada di bandar2 besar ada kemungkinan tak pernah tau pun coz kat bandar dah ada segala keperluan berkaitan dengan IT berbanding di kawasan luar bandar yang masih lagi kekurangan prasarana* betul ke aku eja ni?? atau kemudahan untuk bidang ni..


Tapi korang jangan terkejut plak klu penduduk desa yang lagi terer dari korang kerana dengan adanya Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang merupakan sebuah Program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan usahasama Maxis Berhad dan CBC Solutions Sdn. Bhd yang bertujuan merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat. Pusat Jalur Lebar Komuniti Yan Kechil merupakan salah satu projek perintis bagi kawasan negeri Kedah bagi mendedahkan komuniti setempat dengan perkembangan ICT terkini dan seterusnya melahirkan komuniti yang celik IT.*ayat copy paste..hehe


Waktu Operasi PJK Yan Kechil 

Buka : Ahad - Isnin (Setiap Hari)*dari 9.00 pg - 6.00 ptg
Rehat : 1.00 tghri - 2.00 ptg (Sabtu - Khamis)* / 1.30 tghri - 2.30 ptg (Jumaat)
Tutup : Cuti Hari Kelepasan Am



Kat pusat ni korang boleh join banyak aktiviti yang disediakan antaranya:-

KELAS KOMPUTER

Setiap Keahlian diberikan PERCUMA satu (1) Kelas Komputer (Asas Latihan Komputer iaitu Asas Komputer, Internet, Asas Microsoft Office - Word, Excel&Powerpoint)
Tempoh Pembelajaran : 3-4 hari 
Yuran Keahlian = RM10 (Seumur Hidup)
Peserta : Tiada had lapisan Umur ( Rendah, Menengah, Dewasa, Warga Emas)

Terdapat juga perkhidmatan lain seperti :-

♥ Internet Jalur Lebar
♥ Perkhidmatan Printing
♥ Faks
♥ Scanning
♥ Photostat
♥ Laminating

dan macam2 lagi.. klu nak tau kena la datang sendiri..hehehe *tolong promosi jap.. Tempat ni amat selesa .. klu kat hotel tu macam taraf 5 bintang r... *nak tertido jugakla Cik Nad menunggu kat dalam tu..

Klu korang nak banyak lagi info berkenaan dengan PJK ni korang boleh klik dekat sini atau hubungi pihak pengurusan.


nota cinta: harap2 Cik Nad da rezeki kat tempat ni =p


2 comments:

xazryx said...

wow .kt yan da ade da .harap2 kt sik ade .nnt aku blk kampung xde la boring .hehee .

nadya said...

kat sik lagi maju kot..kat sana ada awal lagi..hihihi.. xcaye cuba search tgk...