Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Friday, November 23, 2012

Mini Jag Sebagai Doorgift



Hai koranggggg!!
Minggu lepas Cik Nad gigih menyiapkan doorgift untuk kenduri makcik bulan depan, memandangkan mama bercadang nak sponser  150 mini jag untuk kenduri makcik sooooooooooo memang dah takda orang lain la yang akan gigih membantu la kan??hehehe

Disebabkan tak nak nampak kosong kat jag tu mama suh la Cik Nad buat stiker untuk tampal, soooo tak da la kosong sangat kan.
Bab-bab nak mendesign ni memang la rajin sangat!!hehe.. Tapi tak da la design sangat pun, cuma tak nak nampak kosong ja.

Untuk TQ TAG yang nak lekat kat jag tu saya cuma beli stiker yang saiz A4 je, dengan harga 50sen je sehelai!! Untuk dapatkan 150 stiker saya beli 10 keping, tu pun boleh dapat dalam 160 keping.. kalau buat kecil-kecil lagi banyak la kan. Lepas tu print lekat, tampal jela.. tak susah pun!!



Cuma bab nak memotong dengan menampal tu jela payah sikit!! lenguh jari tangan, nasib la 150 je nak kena gunting, kalau 1500 ke mau nye tempah je stiker tu!hehehe



Ni la hasilnyaaaaa!!
Sebenarnya tak mahal pun jag ni, tapi kena pandai cari tempat la.. Yang ni kitorang beli kat Baling  RM1.00 sahaja sebiji, murahkan??hehehe. Bagi jag ni orang pun boleh guna bancuh air minum petang. Comel je!




Ketinggian dia tak pasti plak berapa, nanti balik umah Cik Nad ukur ye =P

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 comment:

lynndamya said...

hahaha setuju, mmg first sekali kena survey harga utk dptkan harga yg paling terrrrrmurah sekali, haha..nice lah (n_n)