Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Thursday, July 16, 2015

Syahdu Di Aidilfitri

Selamat pagi semua, mesti tengah sedap berselimut lagi ni. Bangun oiiii. Harini last sahur, tahun depan ntah jumpa ke tidak Ramadhan.

Semua update status dah sampai kampung la, tengah buat kuih raya la. Malangnya untuk pertama kali dalam hidup Cik Nad kena keja. Sekarang pun tengah bekerja ni. Punyala mata rabak nak tunggu 8 pagi baru hbis kerja.

Yang paling syahdu malam raya esok pun kena kerja, nak balik kampung tunggu pagi raya la jawabnya. Sadisssss

Nasibla tak berapa jauh, boleh la pecut balik jap!


Dikesempatan nak raya ni berhati-hatila semasa memandu, ingat orang yang tersayang! Love u.. byeeee..






Sunday, July 5, 2015

Puding Roti Mable Mudah

Hai korang, bulan-bulan puasa ni rajin plak nak memasak, tambah plak dok sorang-sorang!

Memang try la resepi-resepi mudah. Baru ni ada buat puding roti marble. Memang senang la resepi dan bahan dia. Jom cuba!



Bahan-bahan

10gram agar agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula

1/2  cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

2 sb mentega
1 sk esen vanila



Cara penyediaan

>Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.

>Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan  air  1/2 cwn. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.

>Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.

>Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@ milo pun boleh. Mana yang ada! (Jika menggunakan serbuk koko @ milo bancuh dahulu dgn sesudu air panas  agar tidak berbiji- biji @ bergentel2 serbuk koko tersebut).

>Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendiri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.

Macam ni ye rupa proses memablekan puding. Hehehe. Yang cik nad gatal tangan g lorek-lorek.


>Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.



p/s-Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. 
Selamat mencuba!


Berkorban Apa Saja

Selamat tengah hari semua, saja nak update benda dah basi. Upload gambar dah berzaman. Biar dalam draft berzaman.

Hehehhe, masa nak update tak da 😭😭😭

Sebelum ni kita di kejutkan dengan berita pencerobohan kat Lahad Datu.

Adik Cik Nad yang duduk kat 3 Ramd sana pun terlibat sama. Mama yang duduk kat rumah pun tak senang duduk. Mengadap berita 24 jam.

Yela, mak mana yang tak risau anak dia pergi berperang! Ehhhh perang ke?? Tak sampai tahap perang lagi laa. Tapi bila ramai yang terkorban dia memang risau.


Baru ni di gempar kan lagi dengan kes gunung kinabalu. Adik pun terlibat sama! Walaupun kes tak seteruk macam Lahad Datu tapi memang bahaya. Gegaran tak tentu masa. Sementara nak sampai ke puncak macam-macam boleh jadi.

Bila dah selesai, baru la lega sikit.



Gambar ni Cik Nad amik dalam facebook. Page apa ntah, lupa dah.

Lelaki yang tak pakai baju tentera tak pakai topi tu la adik Cik Nad.




Kalau dah tugas kita terpaksa laksanakan walaupun sukar. Tu adalah amanah.