Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Sunday, July 5, 2015

Berkorban Apa Saja

Selamat tengah hari semua, saja nak update benda dah basi. Upload gambar dah berzaman. Biar dalam draft berzaman.

Hehehhe, masa nak update tak da 😭😭😭

Sebelum ni kita di kejutkan dengan berita pencerobohan kat Lahad Datu.

Adik Cik Nad yang duduk kat 3 Ramd sana pun terlibat sama. Mama yang duduk kat rumah pun tak senang duduk. Mengadap berita 24 jam.

Yela, mak mana yang tak risau anak dia pergi berperang! Ehhhh perang ke?? Tak sampai tahap perang lagi laa. Tapi bila ramai yang terkorban dia memang risau.


Baru ni di gempar kan lagi dengan kes gunung kinabalu. Adik pun terlibat sama! Walaupun kes tak seteruk macam Lahad Datu tapi memang bahaya. Gegaran tak tentu masa. Sementara nak sampai ke puncak macam-macam boleh jadi.

Bila dah selesai, baru la lega sikit.



Gambar ni Cik Nad amik dalam facebook. Page apa ntah, lupa dah.

Lelaki yang tak pakai baju tentera tak pakai topi tu la adik Cik Nad.




Kalau dah tugas kita terpaksa laksanakan walaupun sukar. Tu adalah amanah.


No comments: