Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Sunday, July 5, 2015

Puding Roti Mable Mudah

Hai korang, bulan-bulan puasa ni rajin plak nak memasak, tambah plak dok sorang-sorang!

Memang try la resepi-resepi mudah. Baru ni ada buat puding roti marble. Memang senang la resepi dan bahan dia. Jom cuba!



Bahan-bahan

10gram agar agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula

1/2  cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

2 sb mentega
1 sk esen vanila



Cara penyediaan

>Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.

>Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan  air  1/2 cwn. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.

>Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.

>Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@ milo pun boleh. Mana yang ada! (Jika menggunakan serbuk koko @ milo bancuh dahulu dgn sesudu air panas  agar tidak berbiji- biji @ bergentel2 serbuk koko tersebut).

>Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendiri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.

Macam ni ye rupa proses memablekan puding. Hehehe. Yang cik nad gatal tangan g lorek-lorek.


>Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.



p/s-Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. 
Selamat mencuba!


No comments: