Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Saturday, December 31, 2011

The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

Haip!! harini gigih nak join giveaway..
Jom kita terjah, klik kat sini untuk join!!!



Berikut adalah senarai sponser!!


Waaa, ramai kan?? kalau nak tengok hadiah ni klik kat sini.. Meriah!!
Giveaway ni berlangsung sehingga 31 Disember 2011

Thursday, December 29, 2011

koleksi mini phone straps 2011



kOrang nak MINI phone straps yang sangat comel..
boleh la tekan kat sini untuk tau cara nak dapatkannya!!

Cik Cempaka ni rajin buat doodle yang kiut miut!!! jom la ke sana untuk melihat koleksi doodle beliau..

Friday, December 9, 2011

Dedikasi Buat Penyangak!!


" Terima kasih kepada penyangak a.k.a penyamun kerana sudi datang bertandang ke rumah saya 3 pagi tadi. Kerana anda saya boleh beli HP baru!!Semoga anda mendapat petunjuk dan hidayah dari NYA."

Waaaaa, senang-senang je henpon pink lesap!!!

Wednesday, November 23, 2011

Lama Tak Ber-blogging, Keadaan Nazak!

Salam semua, lama da  tak update blog ni sejak-sejak laptop masuk wad..
Dah hantar 2-3 klinik tapi semua memberikan harapan yang tipis untuk laptop cik Nad sembuh..
Sampaikan doktor pun suh bawak je balik laptop tu, dah takda harapan katanya..hahaha
Tunggu masa nak ka-pan dan ke-bu-mi je..


Kalau repair habis 2-3 ratus rasa macam tak berbaloi plak, tambah-tambah ada yang kata penyakit dia akan datang balik..huhuhu
Last-last tersadai la laptop tu kat umah, tak tau sampai bila..
Tunggu masa nak tanam jela kot..

Bosan kot dok kat umah, ada je PC tapi malas nak buka..
Kalau laptop sambil guling-guling pun boleh..hehehe

Sama-sama lah kita berdoa apa yang terbaik untuk laptop Cik Nad tue!!hahahaah~
Nak update pun tunggu waktu ofis jela, tu pun kalau sempat!!
*buzy la konon!!



Tuesday, November 1, 2011

GiveAway By Anis Athia




Klik SINI untuk join!!
Tarikh Tutup: 1 November 2011 (11.59pm)

Monday, October 31, 2011

Giveaway: FM Macam-macam Ada


Klik kat SINI untuk join
Tarikh Tutup: 31/10/2011


Sunday, October 30, 2011

Tekaan Mengena!!

Salam semua..
Selasa lepas Cik Nad sempat la join contest yang dianjurkan  oleh Kak  Zie
Secara kebetulan ternampak contest yang mudah, tunggu pe g!! men redah jela jawab.. tambah plak tak kena buat entry..hahahaah


Cuba korang teka benda apa ni???


Bila punya tamak + eksaited nak bagi jawab cuba tengok jawapan apa yang Cik Nad bagi..hahaha.. Pembuka tin tu macam tak logik, memang kompem-kompen la salah!!!


Jawapan sebenar dia adalah pengepit kuku!!!
Nasib baik la Kak Zie kira jawapan yang Cik Nad bagi sooooo Cik Nad terpilih..hehehe
Tak kesah la jawapan yang kita bagi ada10 pun, janji salah satunya ada jawapan yang tepat.


Alhamdullilah!!

Thanks Kak Zie!! tak sabar nak tunggu hadiah dari Sarawak..hahaha


Saturday, October 29, 2011

Info Mengenai Rambut, Benda Yang Di Larang Tapi Selalu Kita Buat!


Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. --> tapi yang ni la selalu kita buat, konon-kononnya tak nak bagi rambut tak bersepah atas lantai..

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang --> lebih senang buat sambil berdiri sebab cermin kan gantung tinggi, hahaha..

 Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.--> pakai yang plastik je, kalau besi berdarah plak kulit kepala..

Sudah menjadi tabiat manusia, benda yang disarankan bukan kita nak ikut.. Yang dilarang la kita akan selalu buat .. Renung-renungkan dan selamat beramal!!

Friday, October 28, 2011

Berbulu Tengok!!

Mempersembahkan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v


Cinta Muka Bulu




Berbulu tak korang tengok,hahahahaah.. tah hapa-hapa..
gelak guling-guling tengok video ni ;)


Perhatian Kepada Penggemar Mee Segera!!

Selamat pagi!!
Sapa hantu mee segera kat sini, kalau tak hantu pun separuh hantu..
Korang jangan nak tipu la, mesti penah makan jugakkan mee segera..

Jom tengok neh bahan-bahan bukan makanan yang diorang letak skali dalam makanan kegemaran korang neh..


Pandai-pandai la fikir!!!
Lepas ni cuba jauhkan diri dari amalan makan mee segera..huhuhu

p/s- info dari FB

Masa Yang Sesuai Untuk Minum Air




Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..


Thursday, October 20, 2011

Versi Makwe-Makweku Gangster


Agak-agak sape la laki yang diorang rebutkan tu..
Aaaron Aziz?? tak mungkin.. dia dah kawin..
Shahiezy Sam, Fizo Omar?? Tak pun Yusri...miahaha

Gila untung la laki tu ada berebutkan dia..miahahaha
Laki tu dok sedap tido kat umah korang dok sibuk wrestling tengah pekan..
Gasakkk la!!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #1


Ada kerja pun bosan, takda kerja lagi laaaaaaaaaaaaa bosan!!
Zzzzzzz..

Saturday, October 8, 2011

Jejari Tak Runcing Plak Dah..

Tengah jalan-jalan merewang ke blog jiran-jiran tetiba terjumpa jumpa la blog ahkak nie..
Meletup!!Header dia dah buat orang tertarik apatah lagi isinya..hahaha


Dalam blog tu korang boleh baca komen ahkak tu pasal kisah KFCM dengan Elia..
Setakat ni Cik Nad pun tak paham benda apa la yang dicerritakan dalam tu..
Guna bahasa tinggi  sangat, mana mak nak paham..

sakit ateww iteww nak baceww satu-satu post dieeew, klik kat sini untuk bacewww.. selamat membaceww!!heheh



Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 | Takda Apa Yang Beza

Bajet dah bentang petang tadi cuma nak dilaksanakan je tahun depan, tak da apa yang bezanya bagi kami pekerja swasta..
Setiap tahun mesti kakitangan kerajaan akan didahulukan, tu yang malas ngadap bajet ni..
Tak de apa yang yang beza.. sama je!!



-->Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

-->Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan BONUS setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011. Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.

-->Mulai 2012, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Baru Awam menggantikan Skim Saraan Malaysia di mana kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. 600,000 pesara kerajaan juga akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

-->600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

-->Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian kepada 5,000 pengajian ijazah sarjana & 500 bagi doktor falsafah.

-->Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun.


Pekerja swasta ada?? apa plak takdanye.. ada..

-->Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.

Kerajaan juga akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan jadi lepas ni tak da alasan lagi rakyat Malaysia tak ke sekolah. Mungkin dulu ada yang tak mampu nak bayar yuran, sekarang sume dah free!! setiap pelajar juga akan diberi bantuan setiap sorang RM100..

Apa yang bagusnya bajet kali ni banyak peruntukan yang di khaskan untuk golongan berpendapatan rendah, warga emas, golongan OKU dan seluruh rakyat Malaysia!!


p/s --> bersyukur dengan apa yang ada!! pssst.. banyak gak duit kerajaan noh!!




Tuesday, September 27, 2011

Kenapa Sharnaaz Bukan Aaron? Aiash!

Semalam ada terbaca pasal drama yang diadaptasi dari novel BICARA HATI kat blog Abang Nara.
Abang Nara ada bagi tau watak utama untuk drama tu..
Yang sakit jiwanya kenapa Sharnaaz??
.
.
.
.
.
.
.
.
Kenapa??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kenapa bukan Aaron Aziz?? Penat tau Cik Nad imagine time baca novel tu, siap dapat bayang lagi Tengku Syahran tu macam muka Aaron Aziz, korang tak caye cuba baca kat sini..


Tu tak penting, harap-harap drama tu meletup dan menjadi sebijik  macam dalam novel..
Kalau tak sebijik pun janji best!!
Kalau tak silap drama ni akan tayang pada bulan Disember kot mengikut sumber facebook Shaarnaz.


Sama-sama kita nantikan ;)

Saturday, September 24, 2011

Sedut Dengan Straw Boleh Tak??


Kalau la masalah perut ke depan  @ buncit dapat diatasi dengan mudah kan senang..
Lagi senang la kalau lemak-lemak tepu dalam badan boleh sedut pakai straw je, jimat kos!
#Kbai!

Monday, September 19, 2011

Pergi Oversea Weh! Hahaha


Salam, cuti 3 hari sempena  hari 1 Malaysia Cik Nad dengan bangganya nak bagitau sempat  ke luar negara!!haha
Fuyooooooooooooo..
Oversea la sangat!!

Nak tau ke mana? ke Siam!!!hahaha
Sebenarnya kitorang sempat ke Wang Kelian, Perlis. Alaaa, tempat shoping tue.. Bagi yang nak ke sini korang kena berhati-hati, laluan ke sini memerlukan teknik pemanduan yang amat handal, jalan dia sangat curam dan berliku-liku.. Sape-sape yang tak tahan boleh bawak muntah dan fobia seumur hidup..hehehe

 Untuk pengetahuan korang Wang Kelian ni sempadan je dengan bandar Satun, Thailand. Rakyat Malaysia hanya dibenarkan bergerak bebas dalam kawasan berkenaan dalam jarak kira-kira dua kilometer dari pintu sempadan. Tu pun tak larat nak jalan dah.
Lenguh kaki tangan usung barang!!

Kalau nak lebih dari tu kena la buat  passport, border pass segala bagai..


Kat Wang Kelian ni kita boleh berurus niaga guna RM je, kalau rajin nak tukar duit Siam (Bath) pun tak kesah.. Semua laku.. Duit mnopoli dengan saidina je tak laku..miahahaha


Kat sini macam-macam barang korang boleh dapat dengan harga yang murah! Tapi selalunya kat sini syurga beli belah bagi kaum ibu, surirumah.. Cik Nad g sana pun tak beli apa, yang menarik pun periuk belanga, TOTO..hehehe
Pergi sana jalan-jalan cuci mata je..




Layan jela gambor kat bawah ni, kalau korang ada cuti yang panjang boleh le datang ke sini..






welcome to thailand!!






Dah skit-sikit, ada yang muntah hijau!!
Punya yang shoping sakan sampai pancit la tayar keta..hahaha


Friday, September 16, 2011

Frutti-Frutti Pun Jadi La..

Al-kisah Jumaat minggu lepas..

Ketika kaum adam berpusu-pusu ke masjid menunaikan solat Jumaat, kitorang geng hawa kat ofis berpusu-pusu menuju ke Frutti Frutti untuk makan tengahari..

Hebat!!

Untuk pengetahuan korang Frutti Frutti ni ala-ala Tutti Frutti jugak la..
Lebih kurang mengamalkan konsep, menu, harga yang hampir sama iaitu ais-krim dan yogurt!! 

So, warga Sg Petani tak payah dah bersusah payah nak ke Penang untuk makan Tutti Frutti.. Sungai Petani pun dah ada.
Cuma mungkin rasa je la kot tak sama macam Tutti Frutti, bagi Cik Nad ok je. Janji aiskrim, kalau dapat aiskrim malaysia yang 20 sen tu pun dah cukup sedap dah..hahaha



Setakat ni tak banyak pilihan perasa yogurt dan ais krim yang ditawarkan..
Suka atau tak pilih yang mana ada je..
Yogurt honeydew agak sedap, masam-masam sikit..



Kitorang pergi bertiga, setiap sorang amik 1 cawan.. tekan punya tekan, taruk buah kiwi, strawberry segala macam..
Bila time timbang masing-masing neves melampau..hahahaha, setiap cawan lebih kurang RM14++..
Tak boleh pergi selalu, nanti bajet lari!!hahaha





Sapa-sapa yang belum cuba boleh la ke sana~~~