Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Monday, July 25, 2011

Kenduri & Besday Party!

Selamat malam!!!

Tengahari tadi kat ofis ada buat sedikit jamuan sempena kedatangan Ramadan dan sambutan besday boss..
Kitorang pakai-pakat sesama staff dan boss sebagai tetamu VVIP je..hahaha

Ada sedikit suprise untuk bos sebab dia sebenarnya tak tau pun yang kitorang nak selebrate besday dia skali...
Padahal besday dia dah lepas dah 2 minggu sudah kot..hahaha
Tapi kitorang gigih jugak nak buat!!!



Cheese Cake Oreo yang agak sedap!!!
Cuba korang tengok tulisan atas kek tu yang agak bengong..

HAPPY BIRTHDAY 
INTERNAL 30

Ni la besday boy!! hakikatnya umo dah 42 sebenarnya..
Cuma staff je yang jahat letak 30 kat kek sebab big boss kitorang ni berjiwa MUDA!!!hahaha


staff 1 ofis

Selain daripada kek, menu special kitorang harini nasi tomato yang menyelerakan!!!


Saturday, July 23, 2011

Bola Oh Bola!!

Asal sume status FB malam ni cite pasal bola je ni..
Dari laki sampai la ke pompuan..
Penyokong kuat betul..hahaha

Cik Nad nak mencelah pun tak reti sebab tak tengok dan tak minat!!!

Yang penting tahniah Qari & Qariah Malaysia JOHAN tilawah peringkat antarabangsa..

Syabas~

Saturday, July 16, 2011

Tips Cara Makan Yang Sihat

Berikut adalah tips-tips cara makan yg sihat :~


->Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

-> Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

->Elakkan makan di tengah malam.

-> Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

->Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

->Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

->Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.Elakkan dr minum air ais supaya perut tidak mudah buncit.

->Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.Banyakkan makan sayur dan ulam.

->Kuantiti makanan berasaskan haiwan perlu dikurangkan dan di sebaliknya pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dipertingkatkan. Kacang tanah, biskut, coklat, dan seumpamanya harus dielakkan termasuk seafood,belacan,telur dan segala makanan yg alah dengan resdung.

->Minum 2 hingga 2 1/2 liter air bersih setiap hari, iaitu sekali setiap dua jam. Selepas minum, seseorang itu perlu kencing dan ini perlu dilakukan 8 - 10 kali setiap hari. Air yang diminum dan dikeluarkan haruslah dalam nisbah 1:0. Dengan lain perkataan, hampir kesemua air yang diminum mesti dikeluarkan.

->Setiap kali selepas makan,amalkan berjalan 100 langkah supaya makanan yg dimakan cepat dihadamkan dan dpt mengelakkan perut buncit.Jangan terus duduk atau terus tidur selepas makan.


Friday, July 15, 2011

Penangan Novel

Membaca novel ni kadang-kadang membosankan, nak kena selam maksud setiap ayat novel dengan penuh perasaan..
Bukannya macam nak selam lautan dalam men terjun jerk..

Dah lama  tinggalkan novel, bila nak mula balik membaca kitab tebal tu mula la liat..
Nak belek 1 per 1 muka surat memang amat memedihkan mata...


Tapi baru nie ada pinjam novel tajuk Bicara Hati karya Damya Hanna kat member ofis..
Diorang yang kata novel nie best sangat...
Baca punya baca...
Jalan cerita yang agak menarik!! watak Zahlia dan Tengku Syahran dalam novel ni memang menyentuh hati..hahahaa

Walaupun dalam novel siap boleh imagine lagi Tengku Syahran tu ala-ala muka macam Aaron Aziz dan Zahlia tu tetiba lak orang bayangkan muka macam cekgu Zakiah...miahahaha
Gila daya imaginasi tinggi!!!


Risau jugak penyakit ni melarat, tak pasal-pasal pinggan mangkuk kat dapur melayang kena beletiaq dengan mama...
Dok sibuk baca novel sampai keja rumah tak buat, muaheheh

Lepas ni nak try pinjam ombak rindu plak, diorang kata lagi best dari bicara hati!!!

Sunday, July 3, 2011

Bekalan Air Terputus..



Harini bekalan air terputus kawasan umah Cik Nad..
Nasin baek dah dimaklumkan awal..
Jadi kena berjimat cermat guna air ye, naseb baek hujan..
Guna air hujan pun ok!!
Demam tanggung sendirik!!!


Friday, July 1, 2011

Sedapnya Aiskrim Goreng, Teringin!!

Waaaaaa, dah lama teringin nak makan aiskrim goreng..
Setakat ni tak tau bapa kali dah google resepi.. tapi tak terbuat lagi pown..
Nampak senang tapi tak jugak buat..
Sapa yang rajin nanti amik resepi kat bawah ye, hantar kat Cik Nad 5 ketul yea  ;)


Bahan-bahan

Aiskrim (perisa ikut suka)
Roti Gardenia
pemotong

Cara-cara

1) Memula.... ambik roti tak kira la jenama apa, asalkan halal. Pastu... skopkan ais krim ke atas roti tersebut.
2) Tindan dgn sekeping roti yang lain... tekan2... pastu potong dengan cutter atau apa2 je bahan pemotong. Ada orang guna acuan karipap pun boleh.Pakai mulut  mug pun boleh jer..
3) Bila dah siap semunya.... masukkan dlm plastik bag dan masukkan ke dalam peti ais.... bekukan ia semalaman (atau 3 jam pun dah ok).
4) Panas kan minyak... bila dah betul-betul panas keluarkan dari peti ais dan goreng.

 Ada sesetengah resepi diorang celur dulu dgn telur..

Sumber resepi: google

Karnival Kerjaya Di Sg Petani | 1 - 3 July 2011


Sape yang msih lagi tercari-cari kerja??!!
Jom kita pergi beramai-ramai kat IKM Sg Petani...
Ada karnival kerjaya
Cik Nad yang dok dekat pun tak sempat lagi nak p..
Karnival ni berakhir pada Ahad ni ;)


"Jom pakat-pakat pi"