Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Monday, May 20, 2013

Baju Kurung Online Murah!

Hollaaaaaaa ;)

Sebelum ni kalau buat carian keyword kat Mr Nuff mesti yang agak banyak dalam rekod Nuff mesti cara DIY tag terima kasih dengan baju kurung cotton murah online la. Selain daripada tu ada gak keyword yang bukan bukan!hahaha



Harini nak share kat kepada sesiap yang berminat nak cari baju kurung, blouse kat online yang murah leh gak ke Fashion House!!

Boleh klik kat sini untuk link!!

Bagi Cik Nad okey la baju baju kat sini, selain murah kualiti dia agak ok. Padan la dengan harga, kalau beli harga murah nak kualiti macam harga kain yang beratus memang tak dapat la kan!!

penah beli baju ni kat situ, best kain dia!!

Nanti boleh la korang try cuci cuti mata kat situ.

Sekian iklan tak berbayar..hahaha

xoxo

 

Monday, May 6, 2013

Saya Pilih Mengundi!

Hollaaaaaaa ;)

Masih lagi dalam mood PRU13 walaupun dah tau sapa yang menag sapa yang kalah!!
Yang menang tak semestinya terbaik, yang kalah tak semestinya teruk kan?? Yang penting wakil rakyat tu boleh membantu rakyat dan bukan sekadar menabur janji manis bak lagu Aishah.

Tahniah Menteri Besar Kedah yang baru, harap harap dapat majukan Kedah dan perbaiki apa yang kurang!

Ok, masuk bab mengundi semalam, gilaaaaaaaaaa beratur panjang! Ada yang datang pastu balik pun ada sebab tak larat nak tunggu lama. Almaklum la dah tua pakcik pakcik tu. Lepas ni SPR boleh upgrade sikit sistem, kecian hat yang tua-tua nak kena beratur panjang, berdiri lama-lama.



Cik Nad mengundi saluran 10, ramai jugak jumpa kawan kawan sekolah! Masing masing dah berubah. Hampir tak kenal pun ada.

Pasal kes DAKWAT KEKAL yang tak berapa NAK KEKAL tu okey laaaa. Mungkin petugas SPR pada masa masa akan datang (kalau guna lagi dakwat kekal) perlu selalu goncang dakwat tu. Kejap je tahan. Balik umah basuh pinggan terus hilang. Tapi hilang pun okey gak, buruk bebenor dah nengok dok telekat kat jari. Guna dakwat sotong pun ok..hahahahaha

Tak pun tak perlu calit, terus celup jari je dalam dakwat tu..hahaha Lagipun rasanya tak dak sapa yang sanggup beratur panjang untuk undi kali ke 2.. (T________T)


Saya pilih untuk mengundi

xoxo



Saturday, May 4, 2013

First Time Mengundi

Holaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ;)
Memasing mesti dah ada kat kampung memasing kan untuk mengundi esok, yang ngundi dekat dengan rumah tak payah balik kampung tu masih lagi terfikir fikir nak pangkah apa esok pagi!!hahaha


Untuk PRU yang e 13 ni ira first time la Cik Nad mengundi, sebelum ni tak ckup umur lagi na mengundi!! Untuk taun ni dah lebih dari cukup dah!! Opssssss..hahaha

Untuk esok tak perlu bersesak sesak  pergi awal pagi sebab mengundi dekat dengan umah jaaa! Walaupun dekat mestila nav pergi awal pagi kan sebab nak tunaikan tanggunjawab kita sebagai rayat MALAYSIA!!



Semoga ita dapat buat pilihan yang betul sebab masa depan negara kita di tangan kita. Cewah!!

 k bai

xoxo



Sunblock Sunplay!

Alkisahnya abah cik nad yang terpengaruh dengan iklan dan anak-anak buahnya!
Hangpa ingat pempuan jeka jaga kulit, lelaki pun ada je. Apa tu orang dok sebut, metroseksual.. Eh, betul ke tak ntah! Tapi abah tak da la tahap tu..

Buat keja tiap tiap hari tengah panas mau tak rentung!

Dah abah suh tolong beli kita pun beria la pergi cari kat Watson, ingatkan murah dua tiga kupang jaaaaaaaa...
Mahai kemain, tapi tak pa la! Sebab sekali guna pun tak banyak. Bapa titik ja, anak pompuan dia hat ni pun boleh tumpang sama..hahaha

Aci tak lagu tu!



Mencari Damai Di Chalet Terapung Segantang Garam, Merbok

Holaaaaaaaa ;)

Beberapa minggu lepas  kitorang sempat pergi beriadah beriadah dekat Chalet Segantang Garam, Merbok. Tak tau kat mana?? Cuba klik kat sini!

Tempat ni sesuai untuk kaki kaki pancing walaupun susah na dapat ikan,hahahaha. Ikan pun rasa takut nak dekat sebab ramai sangat.hahahaha


Disebabkan kat situ kawasan terpencil, aktiviti yang sesuai dilakukan selain tido dan memancing adalah BBQ. Yehaaaaaaaaaaaaaa..

Chalet yang kami sewa tu disediakan tempat untuk berBBQ, pada sebelah malam tu pesta makanan la jawabnya..hahaha






Pemandangan dekat situ memang tenang, tambah tambah watu senja dan awal pagi!! fuh memang segarrrrrrr udara dia. Tapi biasa la tepi laut bakau, panas tu tetap ada!


pemandangan waktu senja





Sangat tenangkan? kami sewa chalet 1 hari 1 malam dengan harga RM180. Sebuah chalet boleh muat dalam 3 family! Memang luas laaaa. Boleh ajak sekali pakcik makcik toknek tokwan. Ada banyak jenis chalet kat situ, untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi pihak chalet.. *tolong promosi.hahahah



Ok, kini tiba masa untuk pulang dengan seribu kenangan.. Cewah!! Sesiapa yang free hujung minggu tu tak tau na pergi mana tu boleh bawa family datang sini! kalau tak tido kat sini pun boleh datang, nak sesaje datang untuk mancing pun boleh. Tapi rasanya ada dikenakan bayaran untuk masuk.



Ok  bai

xoxo


Friday, May 3, 2013

Blog Usang Lagi Bersawang!

Hollaaaaa ;)

Setelah berzaman tak update blog, hari rasa nak buka plak blog buruk ni!!hahaha
Nasib password boleh ingat lagi, mana tak ingatnyaaaaaaaaaaaaaa. Segala semua pasword adalah sama!! Twitter, FB, blog, Instagram serta segala mak nenek lagi laaa...hahaha.. Ok tipu! Tak semua..hehehe

Memang gila usang blog ni, dekat setengah taun kot tak upade, FAKTOR UTAMA tak terupdate adalah MALAS


Sekian.