Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Wednesday, August 13, 2014

Mendaki Gunung Jerai, Yan

Pengalaman mendaki gunung Jerai memang agak menyeronokkan. Dok nak naik atas gunung lama dah, nak tunggu orang bawa sampai sekarang la baru nak merasa.


Setelah hidup hampir 26 tahun. Sadis!


Gunung jerai ni terletak di daerah yan, lebih kurang dalam 30 minit je dari Sg Petani kalau hangpa bawak keta macam pelesit.hahahaha


Untuk naik ke atas ada banyak cara sama ada nak joging, berlari, nek kenderaan sendiri ataupun guna khidmat pengangkutan yg disediakan oleh orang persendirian.

Petang tu lebih kurang dalam pukul 5 ada pakcik tu tanya nak naik atas ke? Bila di tnya harga RM60 sebiji van. Agak murahla kalau datang secara berkumpulan. Kalau berdua ni ha agak mahal la jugak.


Soo, disebabkan member datang naik motor, redah jela naik gunung jerai. Rempitla kita, tegha nak sampai kat atas kebas gak la. Dengan keadaan jalan yang curam, nak naik kereta memang tak berani.



Dah sampai ats layan jela pemandangan dia yang indah tu. Petang tu kawasan gak berkabus ka jerebu ntah, so memang tak nampak la kawasan sekitar yan.



Jenuh pusing la atas tu, tak apa sangat cuma kawasan resort dan pokok bunga jela.

Puas meronda kita hilangkan dahaga dekat restoren yang ada atas tu.

Time tu la dok belagak minum coke float pun dekat RM10.Hahaha




Sesiapa yang tak pernah naik kat atas tu boleh la cuba pergi hujung minggu. Tak rugi pun p, sekali sekala ubah angin naik gunung pulak kan!!




Friday, July 4, 2014

Sukan PETANDA Kedah 2014

Hollaa ;)

Lama dah tak berlintas langsung dari blog ni. 

Fuhh fuhh **tiup habuk** hahahaha

Okey, nak teruskan cerita hangpa pernah dengaq tak pasai sukan PETANDA. Kalau tak pernah mai sikit nak cerita. 

Sukan ni melibatkan kakitangan  Pejabat Tanah dan Daerah bagi seluruh Kedah yang depa buat 19 Jun sampai 23 Jun 2014 yang lepas. Kalau nak ikutkan untuk negeri lain pun ada. Tapi kita cerita hat negeri kedah saja sudah. hahahaha

Acara yang dipertandingkan ada 6 acara. Bola sepak, bola jaring, karrom, tenpin boling, badminton dengan ping pong. Haaaa time ni la cik kak, abang-abang nak tunjuk bakat terpendam.

Cik Nad hangpa jangan tanya la main apa, semua tak leh pakai. Harap tinggi saja, undang- undang bola jaring pun tak leh paham. Hahaha

Soo, kita cuba la main badminton, tu pun kalah teruk.hahahaha. Besala seronok-seronok, kalau serius satgi Chong Wei tak boleh cari makan pulak kan.Hahaha

Sukan ni memang best, boleh asah kemahiran kita dalam acara sukan tertentu, boleh gak keluar peluh. Dok keja dalam opis pun cemuih gak kadang-kadang. Yang pastinya boleh kenal ramai orang la.


 Tediaaa, gaya mau adaa. Kalah takpa.hahaha

Pasukan sorak yang havoc.


 

Thursday, January 16, 2014

Meronda Muzium Padi, Kedah

Holaaaaaa ;)

Lama dah tak berlintas langsung dari sini, kes kemalasan melanda bab nak menaip dan upload gambar disamping kemudahan intenet yang tak mengizinkan..hahaaaaaaaaaaaa

Okey!

Berbalik kepada cerita!! Esok lusa tulat tungging terbalik cuti kan? Mesti masih terfikir-fikir nak p bawa mak, ayah, adik, abang, kakak, makcik pakcik, jiran tetangga berjalan dekat mana!!

Apa kata rajin-rajinkan diri p tempat berilmiah sikit!! betul tak tau ayat "berilmiah" tu. Maksud dia tempat berilmu laaaaaaa.. gituwwwww..

Jom la pergi Muzium padi!! 

Tak tau Muzium Padi tu tang mana?? Meh sini nak habaqqq

Muzium padi tu terletak dekat Gunung Keriang, haaaa tak tau Gunung Keriang tu tang mana?? Ishhhh ishhh, Gunung Keriang tu terletak dalam kawasan Kota Setar. Meh tengok peta kat bawah!


|
|
|
|
|
v



Harga tiket dia pun murah je, boleh usung 1 kampung, lagi meriah!! Tambah plak hat dok kawasan pekan tu. Silap-silap pokok padi pun tak kenai..hikksss. Boleh la bawak-bawak berjalan ke sini.


Dewasa - RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform) - RM 2.00 seorang




Dalam muzium tu banyak peralatan untuk menanam padi dipamerkan, daripada peralatan zaman dulu sehingga la yang terkini. Kalau nak tahu kena la pergi sendiri. Kan kan kan!

Tarikan yang paling best dekat muzium padi ialah lukisan ala-ala 3D , memang menarik!! Pergi muzium padi wajib naik tingkat atas.

Dekat atas akan ada 1 platform yang berputar, lebih kurang dalam 10 ke 15 minit korang akan rasa melihat lukisan 3D yang hidup membuatkan kita seperti melihat pemandangan yang sebenar. Cewahhh!

Wajib pergi!

Ni sebahagian gambar-gambar di muzium padi, selamat menjamu mata!!


Lukisan ni nampak hidup kan?
|
|
|
|
|
v





Ala-ala mak tani gitu.


Sekian.