Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Monday, October 31, 2011

Giveaway: FM Macam-macam Ada


Klik kat SINI untuk join
Tarikh Tutup: 31/10/2011


Sunday, October 30, 2011

Tekaan Mengena!!

Salam semua..
Selasa lepas Cik Nad sempat la join contest yang dianjurkan  oleh Kak  Zie
Secara kebetulan ternampak contest yang mudah, tunggu pe g!! men redah jela jawab.. tambah plak tak kena buat entry..hahahaah


Cuba korang teka benda apa ni???


Bila punya tamak + eksaited nak bagi jawab cuba tengok jawapan apa yang Cik Nad bagi..hahaha.. Pembuka tin tu macam tak logik, memang kompem-kompen la salah!!!


Jawapan sebenar dia adalah pengepit kuku!!!
Nasib baik la Kak Zie kira jawapan yang Cik Nad bagi sooooo Cik Nad terpilih..hehehe
Tak kesah la jawapan yang kita bagi ada10 pun, janji salah satunya ada jawapan yang tepat.


Alhamdullilah!!

Thanks Kak Zie!! tak sabar nak tunggu hadiah dari Sarawak..hahaha


Saturday, October 29, 2011

Info Mengenai Rambut, Benda Yang Di Larang Tapi Selalu Kita Buat!


Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. --> tapi yang ni la selalu kita buat, konon-kononnya tak nak bagi rambut tak bersepah atas lantai..

Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang --> lebih senang buat sambil berdiri sebab cermin kan gantung tinggi, hahaha..

 Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.--> pakai yang plastik je, kalau besi berdarah plak kulit kepala..

Sudah menjadi tabiat manusia, benda yang disarankan bukan kita nak ikut.. Yang dilarang la kita akan selalu buat .. Renung-renungkan dan selamat beramal!!

Friday, October 28, 2011

Berbulu Tengok!!

Mempersembahkan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v


Cinta Muka Bulu




Berbulu tak korang tengok,hahahahaah.. tah hapa-hapa..
gelak guling-guling tengok video ni ;)


Perhatian Kepada Penggemar Mee Segera!!

Selamat pagi!!
Sapa hantu mee segera kat sini, kalau tak hantu pun separuh hantu..
Korang jangan nak tipu la, mesti penah makan jugakkan mee segera..

Jom tengok neh bahan-bahan bukan makanan yang diorang letak skali dalam makanan kegemaran korang neh..


Pandai-pandai la fikir!!!
Lepas ni cuba jauhkan diri dari amalan makan mee segera..huhuhu

p/s- info dari FB

Masa Yang Sesuai Untuk Minum Air




Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur..


Thursday, October 20, 2011

Versi Makwe-Makweku Gangster


Agak-agak sape la laki yang diorang rebutkan tu..
Aaaron Aziz?? tak mungkin.. dia dah kawin..
Shahiezy Sam, Fizo Omar?? Tak pun Yusri...miahaha

Gila untung la laki tu ada berebutkan dia..miahahaha
Laki tu dok sedap tido kat umah korang dok sibuk wrestling tengah pekan..
Gasakkk la!!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #1


Ada kerja pun bosan, takda kerja lagi laaaaaaaaaaaaa bosan!!
Zzzzzzz..

Saturday, October 8, 2011

Jejari Tak Runcing Plak Dah..

Tengah jalan-jalan merewang ke blog jiran-jiran tetiba terjumpa jumpa la blog ahkak nie..
Meletup!!Header dia dah buat orang tertarik apatah lagi isinya..hahaha


Dalam blog tu korang boleh baca komen ahkak tu pasal kisah KFCM dengan Elia..
Setakat ni Cik Nad pun tak paham benda apa la yang dicerritakan dalam tu..
Guna bahasa tinggi  sangat, mana mak nak paham..

sakit ateww iteww nak baceww satu-satu post dieeew, klik kat sini untuk bacewww.. selamat membaceww!!heheh



Friday, October 7, 2011

Bajet 2012 | Takda Apa Yang Beza

Bajet dah bentang petang tadi cuma nak dilaksanakan je tahun depan, tak da apa yang bezanya bagi kami pekerja swasta..
Setiap tahun mesti kakitangan kerajaan akan didahulukan, tu yang malas ngadap bajet ni..
Tak de apa yang yang beza.. sama je!!



-->Mulai tahun depan, kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred.

-->Kakitangan kerajaan akan mendapat tambahan BONUS setengah bulan gaji (minimum RM500) bersama gaji bulan Disember 2011. Pesara kerajaan juga akan menerima bayaran bantuan RM500.

-->Mulai 2012, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Perkhidmatan Baru Awam menggantikan Skim Saraan Malaysia di mana kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. 600,000 pesara kerajaan juga akan mendapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

-->600,000 pesara kerajaan akan dapat kenaikan pencen pesara sebanyak 2% setahun.

-->Kerajaan akan menawarkan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam untuk menyambung pengajian kepada 5,000 pengajian ijazah sarjana & 500 bagi doktor falsafah.

-->Umur bersara wajib kakitangan awam dinaikkan dari umur 58 tahun kepada 60 tahun.


Pekerja swasta ada?? apa plak takdanye.. ada..

-->Pelepasan cukai sedia ada ke atas caruman Skim Persaraan Swasta diperkenalkan untuk menjamin kesejahteraan pesara.

Kerajaan juga akan memansuhkan yuran pendidikan rendah & menengah di semua sekolah kerajaan jadi lepas ni tak da alasan lagi rakyat Malaysia tak ke sekolah. Mungkin dulu ada yang tak mampu nak bayar yuran, sekarang sume dah free!! setiap pelajar juga akan diberi bantuan setiap sorang RM100..

Apa yang bagusnya bajet kali ni banyak peruntukan yang di khaskan untuk golongan berpendapatan rendah, warga emas, golongan OKU dan seluruh rakyat Malaysia!!


p/s --> bersyukur dengan apa yang ada!! pssst.. banyak gak duit kerajaan noh!!