Hai korang, bulan-bulan puasa ni rajin plak nak memasak, tambah plak dok sorang-sorang!
Memang try la resepi-resepi mudah. Baru ni ada buat puding roti marble. Memang senang la resepi dan bahan dia. Jom cuba!
Bahan-bahan
10gram agar agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
2 sb mentega
1 sk esen vanila
Cara penyediaan
>Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
>Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan air 1/2 cwn. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
>Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
>Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@ milo pun boleh. Mana yang ada! (Jika menggunakan serbuk koko @ milo bancuh dahulu dgn sesudu air panas agar tidak berbiji- biji @ bergentel2 serbuk koko tersebut).
>Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendiri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.
Macam ni ye rupa proses memablekan puding. Hehehe. Yang cik nad gatal tangan g lorek-lorek.
>Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.
p/s-Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2.
Selamat mencuba!