Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Saturday, May 23, 2015

Khat Kufi Yang Comel Dan Murah!

Masih lagi tercari-cari hadiah

untuk kawan, kekasih, mak ayah serta jiran tertangga!


Cewahhh!

Apa kata anda hadiahkan mereka dengan frame comel dari miracraftofficial!

Sekali sekala ubah plak selera bagi hadiah-hadiah frame ayat al-quran atau ucapan dalam bentuk frame.

Boleh diorang gantung kat dinding dan ingat sampai anak cucu. Wah gituuu.

Bukan nak promote ke apa?! Tapi saja nak kongsi idea-idea untuk jiwa-jiwa yang kosong.hehehee


untuk tempahan korang boleh search dia punya IG! Banyak pilihan dekat sana.




Comey kan kak ton!!!



Tuesday, May 12, 2015

Semeling Street Art



Selamat malam semua, jam menunjukkan waktu 11.50 malam.
Dah berzaman tak update blog, nak dibiarkan takut bersawang berhantu, lebih baik kita update apa yang patut.hehehe

Malam ni nak cerita sikit lokasi yang menarik dekat Kedah, hangpa orang-orang Kedah boleh la melawat pekan Semeling.

Sapa lagi nak mai melawat kalau bukan hangpa. 


Untuk pengetahuan semua pekan Semeling ni pekan yang kecil je, ala-ala macam pekan koboi orang kata. Kebanyakkan peniaga kat sini kaum cina.

Sejak taun lepas pekan ni ada lukisan-lukisan menarik macam ala-alan Penang Street Art tu. Mungkin untuk majukan pekan Semeling dan juga pelancongan negeri Kedah.


Yang menariknya dekat semeling ni hangpa tak payah nak kayuh basikal nak mencari segala lukisan atau arca-arca.

Semua lukisan berada di belakang bangunan kedai ni, hangpa perlu jalan kaki ja kat lorong belakang kedai ni.Belambak segala karektor kartun ada dengan situ. Bergambaqqq la hanga sepuas hati.











Ramai jugak la budak-budak dok datang bergambar kat sini, masa Cik Nad pergi hari tu hari bekerja. Tak dak orang pun melainkan adik-adik ni ha.

Kalau hari cuti mungkin ramai kot. Tak pasti plakk.







Boleh la pakat-pakat p bawak anak-anak, gf, bf, tok-tok wan semua. Tak jauh pun. Betul-betul dalam pekan Semeling. GPRS kan ada, search ja. Kalau turun dari highway Sungai Petani Utara lebih kurang dalam 20 minit la termasuk lalu traffik light bagaiiii. haaaaaaaaaaaaa


Tunggu apa lagi, jom p sana.


Sunday, March 15, 2015

Kini Kembali!


Maaf kepada sesiapa yang ada hantar komen atau mesej kat facebook tanya pasal inteview KEMAS atau PDRM.


Cik Nad baru habis training, bertapa 6 bulan dalam gua. Takda intenet talis komunikasi bagai. Huhuhuhu

Harap-harap tak da yang berkecil hati.