Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Wednesday, September 14, 2011

Kembali Semangat Berbelog!

Horey!!! kini kembali dengan semangat berbelog yang tinggi setelah beberapa minggu blog Cik Nad terpaksa berpantang..
Tak tau la silap kat mana, tetiba je blog Cik Nad diserang virus yang jahat!!!
Tu yang amat menghairankan,datang dari mana virus tu.. hilang la semangat beberapa mingu nak berbelog!!

Kalau bersemangat pun, mesti blogger lain tak berani nak masuk blog Cik Nad bila dapat warning dari encik google (pengguna google chrome sahaja)
Yang lagi herannya klau pakai Mozilla atau Intenet Explorer tak dapat la plak warning virus Malware!!
|
|
|
v

Nyaris buat keputusan nak delete blog sebab dah tau nak buat macam mana..
Alhamdulillah, sekarang blog dah stabil dah sihat dengan sendirinya.hehehe
Tak boleh suka sangat, takut jadi balik macam haritu.. sobs..sobss..
Itulah penting ada sifat sabar!!

Friday, August 26, 2011

Berbuka Puasa @ MARINA 4

Salam..
Hari senin ritu sempat berbuka puasa bersama rakan-rakan ofis..
Tempat pilihan kitorang kat MARINA4 Bandar Laguna Sg Petani..

Not bad la servis kat situ..
Susah nak dapat makan sotong celup tepung yang keras sampai terpelanting punya cucuk dengan garpu..miahahaha
Lawak-lawak

Menu kitorang malam tu..
Ikan siakap 3 rasa, tomyam, sayur kailan, sotong celup tepung, dengan paprik ayam (betul ke nama dia ni)



Bersama rakan-rakan ofis!!


geng paling tua.. miahaha





Saturday, August 20, 2011

Cekodok Di Pagi Raya!!

Tinggal lagi bape hari je kan dah nak raya, mesti sekarang makcik-makcik, kakak- kakak tengah giat menguli tepung kat dapur.. bau biskut dah melarat 1 rumah.. pergh!! nikmat hari raya..

Tapi taun ni serius Cik Nad tak tau nak buat biskut apa.. Tapi yang dah siap di order siap dah 2 jenis..miahaha.. 

Selalunya setiap tahun akan buat sendiri biskut raya, jarang la nak men tunjuk-tunjuk ni. Kadang-kadang bukan sedap pun, bentuk je lain-lain tapi rasa sebijik sama.. Tu yang tak suka beli tu.. Lagi pun bape bijik la sangat, sampai hari raya tinggal balang kosong jela alamatnya! Bek buat sendiri kan ^_^

Biskut wajib setiap tahun, samperit & mazola

Boleh pening jugak nak fikir nak buat biskut apa, tak boleh ke kalau raya hidang cekodok ke, karipap ke, pisang goreng ke kat tetamu.. lain daripada yang lain!!hahaha


Comfirm licin la, sebab larat ke diorang nak makan benda yang sama je setiap umah.. Pergi setiap rumah je asyik makan biskut, kek, ketupat, lemang!!! Mau tak muak..

Cube buat kelainan sket taun ni ^___________^