Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Friday, December 27, 2013



Sabar itu indah

Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu . Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut, tetapi ia kerana Allah tahu kita berhak lebih baik daripada itu.

Redha, pasrah tapi masih lagi berharap. 

Semoga masih ada lagi rezeki.



Friday, November 1, 2013

Keputusan Temuduga Konstabel Wanita 2013

Selamat pagi =)


Setelah selesai menjalani temuduga fizikal dan lisan kini dalam menunggu masa untuk jawapan sama ada layak ke tak untuk ke ujian kesihatan pulak!!

Kira peringkat akhir la ni.

50-50

Nebessssss

Untuk kawan-kawan cik nad yang dok menunggu keputusan, sebenarnya keputusan  panggilan untuk ke ujian kesihatan dah keluar!!!

Soooooo, korang kena stanby dengan telefon masing-masing sebab takut terlepas panggilan dari IPD untuk pergi amik surat kat diorang.. Kalau korang rasa lambat sangat nak tunggu panggilan korang boleh la terus telefon bukit aman ataupun IPD yang korang g temuduga ritu untuk buat semakan sama ada terpilih o tak..








Alhamdulillah syukur, dengan harapan lepas la ujian kesihatan nanti ;)

Monday, September 2, 2013

Temuduga Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Wanita 2013

Holla ;)


Berdasarkan entri sebelum ni berkaitan dengan ujian fizikal untuk polis wanita ramai yang bagi respon!! 

Tahniah diucapkan kepada yang berjaya untuk inteview yang seterusnyaaaa!!! TAHNIAH! Yang belum semak lagi korang berjaya atau tak boleh ke sini.

Yang dapat inteview tu mesti tengah mencari info untuk persediaan kan? Berdasarkan keywood dekat web nuffnang pun mencanak naik bab bab inteview ni!

Sebenarnya Cik Nad pun tak pernah lagi pergi inteview akhir polis ni, setakan ujian fizikal haritu jela. Tak da benda nak share pengalaman dengan korang  sooooooooooo sapa sapa yang pernah pergi dan dah lepas temuduga ni boleh la kongsikan pengalaman korang dekat sini ye..
Sharing is Caring Gituuuuuuu!

Tak salah kan! hikss

Tapi apa yang Cik Nad baca dalam Harian Metro 31 Ogos yang lepas mukasurat berapa entah info dari Timbalan Ketua Polis Datuk Seri Mohd Bakri Zinin kata untuk pengambilan kali ni seramai 1,500 untuk wanita dan 650 lelaki.

So korang yang pergi inteview tu sila bertenang dan jawab dengan yakin! hikss

xoxo

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Soalan yang popular : berkaitan PDRM, KDN, Parlimen, OIC, ASEAN, MSC, Koridor Utara, kaitan jenayah dengan apa yang kita kerja atau belajar, pengetahuan mengenai Malaysia.