Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Thursday, May 31, 2012

Malunya Perut Buncit!

Dulu, badan selim melim, Tapi sekarang jenuh la nak tahan nafas supaya perut nampak kempis. hahaha.. Korang jangan ingat orang kurus tak mengalami masalah perut buncit!! Dulu  lepas makan mesti nampak perut tu memboyot sikit macam ular sawa kekenyangan, sekarang ni tak makan pun nampak buncit jugak.. Uwaaaaaa, stressssss!!


Berikut adalah tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan masalah tersebut:

  1. Minum banyak air
  2.  – . Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh. Air juga membantu mengeluarkan toksin dalam badan secara efektif. Kurang pengambilan air menyebabkan perut menggelembung kerana sistem badan cuba untuk menyahtoksinkan badan daripada sumber lain.
  3. Kurangkan pengambilan garam
  4.  – Garam yang berlebihan akan menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan membuncit.
  5. Makan perlahan-lahan
  6.  - Jika anda makan dengan gelojoh, udara yang tertahan dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut membuncit. Selain itu, makanan yang tidak terkunyah tidak dapat dicerna sepenuhnya yang juga mampu menghasilkan gas tersebut.
  7. Pengambilan serat
  8.  – Pengambilan serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu  mengimbangi proses penghasilan air dalam badan supaya stabil. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.
  9. Elakkan sembelit
  10.  – Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit kerana kurang membuang air besar boleh menyebabkan perut membuncit. Kadar normal adalah 1~2 kali sehari.
  11. Bersenam 
  12. - Tidak dinafikan bahawa bersenam mampu menggerakkan medium dalam perut yang menyebabkan perut membuncit dengan menyalurkannya keluar melalui aliran darah dan seterusnya dikumuhkan melalui peluh dan sistem perkumuhan kita sebagai urine. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.
  13. Bersarapan dengan yogurt
  14.  - Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut bincit.
  15. Hindari minuman beralkohol
  16.  – Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.
  17. Amalan posisi ketika duduk
  18.  – Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.
  19. Lakukan kerja rumah
  20.  – Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.
Ada jugak cara-cara tradisional untuk menghilangkan penyakit boroi ni, hehehe.. Yang tu kita cerita kemudian. Mulai hari ini kena disiplinkan diri untuk mendapat perut yang kempis..hehehe
Selamat mencuba!!



5 comments:

Amri said...

Sila layari blog saya ada petua terbaik untuk atasinya

syafiqah said...

Done Follow :) Hit me back :) Jom Join :)
http://jomjoingiveaway.blogspot.com/2012/05/simple-giveaway-by-syafiqah-screamo.html

mama tisya said...

mmg tk best bila perut buncit kn...

homestay tu kt area titi hayun dkt nk p gunung jerai...kenduri dkt dewan area situ gk tp lupa nama dewan tu

Amri Omar said...

untuk elak perut buncit dengan hanya tak sampai satu bulan anda pasti merasainya. Hubungi saya untuk maklumat lanjut di kotamahawangsa.blogspot.com

armouris said...

terjumpa info ni, juga pasal perut buncit… sharing is caring :) - Perut Buncit Tanda Awal Penyakit