Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Friday, July 4, 2014

Sukan PETANDA Kedah 2014

Hollaa ;)

Lama dah tak berlintas langsung dari blog ni. 

Fuhh fuhh **tiup habuk** hahahaha

Okey, nak teruskan cerita hangpa pernah dengaq tak pasai sukan PETANDA. Kalau tak pernah mai sikit nak cerita. 

Sukan ni melibatkan kakitangan  Pejabat Tanah dan Daerah bagi seluruh Kedah yang depa buat 19 Jun sampai 23 Jun 2014 yang lepas. Kalau nak ikutkan untuk negeri lain pun ada. Tapi kita cerita hat negeri kedah saja sudah. hahahaha

Acara yang dipertandingkan ada 6 acara. Bola sepak, bola jaring, karrom, tenpin boling, badminton dengan ping pong. Haaaa time ni la cik kak, abang-abang nak tunjuk bakat terpendam.

Cik Nad hangpa jangan tanya la main apa, semua tak leh pakai. Harap tinggi saja, undang- undang bola jaring pun tak leh paham. Hahaha

Soo, kita cuba la main badminton, tu pun kalah teruk.hahahaha. Besala seronok-seronok, kalau serius satgi Chong Wei tak boleh cari makan pulak kan.Hahaha

Sukan ni memang best, boleh asah kemahiran kita dalam acara sukan tertentu, boleh gak keluar peluh. Dok keja dalam opis pun cemuih gak kadang-kadang. Yang pastinya boleh kenal ramai orang la.


 Tediaaa, gaya mau adaa. Kalah takpa.hahaha

Pasukan sorak yang havoc.


 

Thursday, January 16, 2014

Meronda Muzium Padi, Kedah

Holaaaaaa ;)

Lama dah tak berlintas langsung dari sini, kes kemalasan melanda bab nak menaip dan upload gambar disamping kemudahan intenet yang tak mengizinkan..hahaaaaaaaaaaaa

Okey!

Berbalik kepada cerita!! Esok lusa tulat tungging terbalik cuti kan? Mesti masih terfikir-fikir nak p bawa mak, ayah, adik, abang, kakak, makcik pakcik, jiran tetangga berjalan dekat mana!!

Apa kata rajin-rajinkan diri p tempat berilmiah sikit!! betul tak tau ayat "berilmiah" tu. Maksud dia tempat berilmu laaaaaaa.. gituwwwww..

Jom la pergi Muzium padi!! 

Tak tau Muzium Padi tu tang mana?? Meh sini nak habaqqq

Muzium padi tu terletak dekat Gunung Keriang, haaaa tak tau Gunung Keriang tu tang mana?? Ishhhh ishhh, Gunung Keriang tu terletak dalam kawasan Kota Setar. Meh tengok peta kat bawah!


|
|
|
|
|
v



Harga tiket dia pun murah je, boleh usung 1 kampung, lagi meriah!! Tambah plak hat dok kawasan pekan tu. Silap-silap pokok padi pun tak kenai..hikksss. Boleh la bawak-bawak berjalan ke sini.


Dewasa - RM 5.00 seorang
Kanak-kanak / Rombongan Sekolah (Beruniform) - RM 2.00 seorang




Dalam muzium tu banyak peralatan untuk menanam padi dipamerkan, daripada peralatan zaman dulu sehingga la yang terkini. Kalau nak tahu kena la pergi sendiri. Kan kan kan!

Tarikan yang paling best dekat muzium padi ialah lukisan ala-ala 3D , memang menarik!! Pergi muzium padi wajib naik tingkat atas.

Dekat atas akan ada 1 platform yang berputar, lebih kurang dalam 10 ke 15 minit korang akan rasa melihat lukisan 3D yang hidup membuatkan kita seperti melihat pemandangan yang sebenar. Cewahhh!

Wajib pergi!

Ni sebahagian gambar-gambar di muzium padi, selamat menjamu mata!!


Lukisan ni nampak hidup kan?
|
|
|
|
|
v





Ala-ala mak tani gitu.


Sekian.




Friday, December 27, 2013



Sabar itu indah

Kadang-kadang Allah tidak memberikan apa yang kita mahu . Bukan kerana kita tidak berhak untuk perkara tersebut, tetapi ia kerana Allah tahu kita berhak lebih baik daripada itu.

Redha, pasrah tapi masih lagi berharap. 

Semoga masih ada lagi rezeki.