Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Wednesday, July 21, 2010

Ciri2 Gadis Yang Diminati





Gadis boleh diungkap sebagai ‘BUNGA’ yang sememangnya mempunyai tarikan di hati si jejaka secara semula jadi. Ada-ada sahaja ciri-ciri gadis yang mampu mencairkan hati lelaki. Pun demikian, ramai juga yang melontakan persepsi bahawa tarikan utama si gadis di mata jejaka adalah menerusi rupa fizikalnya. Seksi, tubuh persis supermodel atau pun yang ‘Sedap Mata Memandang’. Aspek lain bagaimana pula?


MANJA

Ramai lelaki yang meminati gadis yang penuh dengan ciri-ciri kewanitaan di dalam dirinya. Malah, ada juga yang menyatakan bahawa lelaki itu boleh jatuh hati dengan gadis yang baru dikenalinya kerana karakter dan juga tingkah lakunya. Misalnya manja dan lemah-lembut. Tapi gadis, kamu perlu ingat! Jangan mengada-ngada hingga tak kena tempat pula!


LELAKI TIDAK SUKA: Gadis yang cuba buat-buat manja dengan pasangan kekasih. Contohnya merengek-rengek di tempat awam. Itu memalukan!


PANDAI MENGAMBIL HATI

Lelaki adalah golongan yang agak keras hatinya. Ditambah pula dengan ego yang sudah tentunya ada di dalam diri semua lelaki, sudah tentulah si dia mendambakan gadis yang bijak memujuk seterusnya pandai mengambil hati pasangan.


LELAKI TIDAK SUKA: Perempuan yang serba tahu dalam semua perkara. Kadangkadang ia boleh memakan diri. Ingat ya…


TIDAK MATERIALISTIK!

Ha, ini lagi satu aspek yang dititik beratkan lelaki di dalam memilih pasangan hidup. Lelaki kini sudah bijak untuk menilai sama ada gadis yang mendampingi mereka adalah kerana nilai cinta atau pun wang ringgit. Hubungan cinta yang didasari dengan material sememangnya tidak akan bertahan lama.

LELAKI TIDAK SUKA: Gadis yang meminta itu dan ini. Kononnya mahu menilai sejauh mana tahap cinta pasangan pada kamu. Sebenarnya, itu hanya buang masa saja….


BERDANDAN RAPI

Sebagai seorang gadis, si dia sudah semestinya tahu untuk menjaga penampilan diri. Apatah lagi saat meluang masa bersama si dia. Lelaki tidak akan cakap pada si gadis mengenai soal berpakaian. Cukup jika si gadis itu sendiri tahu apa yang terbaik untuknya dan tidak terlalu ringkas atau pun selekeh. Buat malu saja!

LELAKI TIDAK SUKA: Kekasihnya pakai pakaian yang entah apa-apa semata-mata mahu menarik perhatian si dia. Percayalah, cara itu langsung tidak ‘cool’!




**sumber : REMAJA


5 comments:

RAWSHADE said...

Rawshade pun x nak pompuan yg bising bila kat tgh org ramai.. Apa lg kalo sume org dok tgk kite...malunya...warrghhhh...

.::WaNiE::. said...

saya manja saya saya (angkat tangan)

eh tak malu nye

bai

hahaha

nadyana said...

wanieeeee.... kamo mmg manja..hehehe

Unknown said...

hahahaha
hari tu hampir nak wat entry psl ni
sumber remaja
tp naseb wat psal len
dr remaja gak
ahaks

Anonymous said...

lelaki ni asik suke girl mnja jer..
tolong la suke yg ganas cam saye...hakhak~