Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Sunday, November 28, 2010

Aku Tak Bodoh!!

http://www.akutakbodoh.com/

Sinopsis

BERKISAR remaja bernama Roy, menghadapi liku hidupnya yang sentiasa terikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara komputer percaya dengan kritikan, anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.

Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anaknya. Dia mengharapkan tanggungjawab mengawasi tingkah laku anak-anak diambil alih suaminya. Lantaran sikap ibu bapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja nakal. Bergaul dengan mereka membuatkan Roy berasa dirinya benar-benar dihargai.

Adik Roy, Jefri pula tersepit dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa mempedulikan dirinya. Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri terbabit dalam aktiviti jenayah menyebabkan ibu bapa mereka berang, lalu dipukul Roy dan Jefri.


No comments: