Rahsia Warna Anda Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan
mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti
seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap
diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh
lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning.
Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu
menerusi warna tersebut.
---------------------------------------***
23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah
---------------------------------------***
Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang
comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu
juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu
badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak
berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan
dengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu
ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga
bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.Namun
kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain
itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan,
kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan,
kamu
amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh
cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai!
Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!
Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu
menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu
yang
suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih
pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang
sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut
perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri
kamu punya ramai teman.
Merah Jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa
juga
yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu
tentang
orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya
dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi
percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.
Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri
dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak
begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain
kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi
dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini
lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar
benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan
silapnya.
Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta
tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.Dalam soal
percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi
sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila
sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya
dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai
oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih
suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang
semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!Kamu juga
mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan.
Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja
berminta hal hal yang romantik bersama si dia.Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang
bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka
melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa
pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru
untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu
dalam perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas
tiap
perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat
beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di
sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya
matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan
sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu
sebenarnya
seorang yang sukar untuk mempercayai
orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan
dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu
amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat
mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.Walaupun
begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh
dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting
mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah
tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu
juga sebaliknya. Dalam
menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang
punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi
jangan
tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu,
kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun
kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang
membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang
kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu
turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun
kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu
yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa,
kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan
diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get'
untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali
dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan
menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan
apa
saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu
ni
kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahanmendadak dalam
hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah
oleh
orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak
kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.Belajarlah untuk
bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan
suka
menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga
bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi
'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati
dan
sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi
buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka
cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai
aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman,
kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain Pun begitu,
kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri
dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu
sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah
dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan
cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.Mungkin 'rezeki' kamu untuk
memilikinya nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik
orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan
menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh
sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga
perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati
orang
lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu
pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus
kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.Selain itu,
kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam
bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai
kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi
seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun
hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus
hati.
Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu
harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
Biru laut
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala
galanya.Bagi
kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga
seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai.
Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati
hati
dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu
nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga
kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya,ego sangat nak maafkan
orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi
terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya.
Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar
nak
bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang
dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda
sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Biru kehijauan (Aqua)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah
secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab
itu
juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan
tapi
kamu suka melancong untuk
meluaskan pengalaman.Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada
orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan
sikap
terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta
gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta
tuli,
kelak memakan diri!
No comments:
Post a Comment