Sabtu lepas balik kg Yan, memang tiap-tiap minggu muka ni je yang dok ada kat kg,hahaha
Orang kg pun pun dah naik bosan agaknya tengok muka ni..hahaha
Almaklum la sekarang ni tengah musim buah
Petang Sabtu tu abah panjat la pokok cempedak, nasib abah tak baik kena gigit dengan tebuan..
Agaknya dia tak perasan kot ada sarang tebuan atas pokok..huhuhu
Bukan sekor @ 2, tapi banyak!! tak tau la berapa ekor. Nasib baik la sempat turun..
Kalau terjun pokok tu mau patah riuk, tak pasal-pasal bertambah-tambah sakit..
Nasib baik la umah tok dengan hospital dekat je, kitorang sempat bawak g hospital. Tu pun bisa tebuan dah serang ke jantung, abah pun tak berapa boleh bernafas!! Nasib baik cepat, kalau tak tak tau la nak jadi macam mana (T_T)
Abah kena tahan jugak la kat wad semalaman sebab doktor nak pantau, tak ada effect apa-apa ka..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Korang kalau ada adik beradik ka, pak cik makcik ka yang kena sengat haiwan berbisa jangan lengah-lengah lagi.. Terus bawak g klinik @ hospital takut ada kesan-kesan yang serius!! Bahaya!
2 comments:
alhamdulillah xde pape..mmg tgh musim buah skrg,seronok rasa bile blk kmpg hehe
nk makan buah mai la datang kedah..hehehe
Post a Comment