Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Tuesday, December 22, 2015

HOMESTAY SUNGAI PETANI MURAH

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

HOMESTAY PUTERI JAYA SG PETANI menyediakan penginapan yang selesa pada harga RM100 semalam.

KEMUDAHAN YANG DITAWARKAN
* PARKING KERETA
* 3 BILIK TIDUR
* 2 KATIL QUEEN / 1 KATIL SINGLE
* 2 BILIK AIR
* RUANG TAMU DAN DAPUR YANG LUAS DAN SELESA
* PENGHAWA DINGIN UNTUK BILIK UTAMA DAN BILIK KE-3
* TELEVISION
* PINGGAN MANGKUK DAN DAPUR
* PETI SEJUK
* MESIN BASUH

HANYA MENGAMBIL MASA BEBERAPA MINIT SAHAJA KE FOOD COURT, RESTORAN NASI KANDAR,RESTORAN MASAKAN PANAS,7ELEVEN,KFC 24 JAM, KEDAI DOBI DAN SEBAGAINYA (BERDEKATAN DENGAN PENGINAPAN)

*HIGHWAY PLUS
*PASARAYA ECONSAVE
*08 MINIT KE IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM SP
*10 MINIT KE PUSAT BANDAR SP
*05 MINIT KE INTAN
*05 MINIT KE AADK
*15 MNIT KE KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH KUALA KETIL
*10 MINIT KE TAMAN TEMA KARNIVAL CINTA SAYANG SP
*01 MINIT KE SURAU IBNU SINA
*30 MINIT KE UITM MERBOK
*35 MINIT KE GURUN (GUNUNG JERAI)
*40-45 MINIT KE PULAU SAYAK, PANTAI MERDEKA

CHECK IN: 2.00 PTG / CHECK OUT: 12.00 TENGAHARI
DEPOSIT DIPERLUKAN UNTUK TEMPAHAN

BAYARAN PENUH PERLU DIBAYAR SEMASA MASUK & PENGAMBILAN KUNCI HOMESTAY.

BERMINAT TERUS HUBUNGI/SMS/ WHATAPPS : 0134862701/0194485894

ALAMAT HOMESTAY
200, JALAN BPJ 2/1, SEKSYEN 2
BANDAR PUTERI JAYA
08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN




Wednesday, November 11, 2015

Kursus Kahwin di Jom Kahwin Kulim Hi-Tech

Selamat pagi ;)

Pada 10 & 11 October 2015 lepas Cik Nad dan dan pasangan * cewahhh!  ada p kursus kahwin di Kulim Hi-Tech Kulim sebagai persediaan untuk melayari bahtera perkahwinan pada masa akan datang. Puiii


Kursus ni berlangsung selama 2 hari dengan kadar bayaran RM 80 seorang. Tetapii selalunya pusat 
kursus ni ada buat promosi, anda akan i beri wang makan sebanyak RM15 atau kadang-kadang depa bagi wang petrol. ikut nasib hangpa la dapat hat mana. Nak tau promosi rajin-rajin la tengok facebook depa na. Depa ada cawangan na kat Baling dengan Serdang. 

Warga penduduk Kulim & Kedah serta Penang yang nak cari tempat kursus kahwin boleh la pergi kat pusat kursus ni.. Penceramah pun best!! tak membosankan. Memang gelakkkkk jela.



tekun menjawab ujian bertulis.

cuba teka mana pasangan Cik Nad ;)

Mana satu Cik Nad =)


Siap ada cabutan bertuahhhh okayyy, mana tau kot rezeki hangpa.

Sijil kahwin akan siap dalam tempoh 2 minggu, nanti depa akan col atau mesej hangpa la bagi tau kata sijil dah siap dan bole kawin. hikhikhik..

Jom Kahwin Caw. Kulim, NO. 22B, PERSIARAN 1, TAMAN KULIM AVENUE,
KULIM HI-TECH PARK, 09000 KULIM KEDAH (berada bersebelahan dengan Bank Islam Kulim, KWSP Kulim dan aL-ikhsaN Sport, berdekatan dan sebaris dengan UniKL MSI Kulim dan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim)
Instagram : jomkahwin4u
email : jomkahwin4u@gmail.com
whatsApp : 013-595 3444. ataupun hubungi pejabat di talian : 04-4080 715.


Saturday, October 31, 2015

Pening Bab Doorgift!

Selamat malam hangpa-hangpa semua.

Dah lama tak berupdate, mana taknya dalam kotak draft je semua. Tak terpublish.hehehehe

Almaklum la memikirkan masalah negara. Hahahaha tambah plak dengan masalah sendiri.

Skang dah mula pening nak memikirkan untuk urusan kawin. Cewahhh!

Bab kain baju pelamin tak semak sangat, cuma p pilih dengan bayaq duit ja. Tapi kalau lambat melopong jugak la kena pilih apa yang ada.

Yang pening skang nak pilih doorgift, sekalah dah tak boleh RM1 dah per bag. Paling kurang RM2++ tengok kepada apa yang nak bagi la pada tetamu. Janji ikhlas.

Korang ada apa-apa cadangan yang unik tak! Dan murah.heheehe

Setakat sekarang ni berangan nak bagi senduk kayu! Nampak macam unik gitu. Harga pun okayyy la. Tapi kalau banyak-banyak parahhh gak.


Kalau ada cadangan boleh usulkan ye.hehehe

Thursday, July 16, 2015

Syahdu Di Aidilfitri

Selamat pagi semua, mesti tengah sedap berselimut lagi ni. Bangun oiiii. Harini last sahur, tahun depan ntah jumpa ke tidak Ramadhan.

Semua update status dah sampai kampung la, tengah buat kuih raya la. Malangnya untuk pertama kali dalam hidup Cik Nad kena keja. Sekarang pun tengah bekerja ni. Punyala mata rabak nak tunggu 8 pagi baru hbis kerja.

Yang paling syahdu malam raya esok pun kena kerja, nak balik kampung tunggu pagi raya la jawabnya. Sadisssss

Nasibla tak berapa jauh, boleh la pecut balik jap!


Dikesempatan nak raya ni berhati-hatila semasa memandu, ingat orang yang tersayang! Love u.. byeeee..






Sunday, July 5, 2015

Puding Roti Mable Mudah

Hai korang, bulan-bulan puasa ni rajin plak nak memasak, tambah plak dok sorang-sorang!

Memang try la resepi-resepi mudah. Baru ni ada buat puding roti marble. Memang senang la resepi dan bahan dia. Jom cuba!



Bahan-bahan

10gram agar agar serbuk
3 cawan air
1/2 cawan gula

1/2  cawan air
2 biji telur
4 keping roti
3/4 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat

2 sb mentega
1 sk esen vanila



Cara penyediaan

>Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.

>Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan  air  1/2 cwn. Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.

>Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.

>Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@ milo pun boleh. Mana yang ada! (Jika menggunakan serbuk koko @ milo bancuh dahulu dgn sesudu air panas  agar tidak berbiji- biji @ bergentel2 serbuk koko tersebut).

>Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendiri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.

Macam ni ye rupa proses memablekan puding. Hehehe. Yang cik nad gatal tangan g lorek-lorek.


>Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.



p/s-Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. 
Selamat mencuba!


Berkorban Apa Saja

Selamat tengah hari semua, saja nak update benda dah basi. Upload gambar dah berzaman. Biar dalam draft berzaman.

Hehehhe, masa nak update tak da 😭😭😭

Sebelum ni kita di kejutkan dengan berita pencerobohan kat Lahad Datu.

Adik Cik Nad yang duduk kat 3 Ramd sana pun terlibat sama. Mama yang duduk kat rumah pun tak senang duduk. Mengadap berita 24 jam.

Yela, mak mana yang tak risau anak dia pergi berperang! Ehhhh perang ke?? Tak sampai tahap perang lagi laa. Tapi bila ramai yang terkorban dia memang risau.


Baru ni di gempar kan lagi dengan kes gunung kinabalu. Adik pun terlibat sama! Walaupun kes tak seteruk macam Lahad Datu tapi memang bahaya. Gegaran tak tentu masa. Sementara nak sampai ke puncak macam-macam boleh jadi.

Bila dah selesai, baru la lega sikit.



Gambar ni Cik Nad amik dalam facebook. Page apa ntah, lupa dah.

Lelaki yang tak pakai baju tentera tak pakai topi tu la adik Cik Nad.




Kalau dah tugas kita terpaksa laksanakan walaupun sukar. Tu adalah amanah.


Sunday, May 24, 2015

Soalan Temuduga Polis



Selamat pagi semua!

Semenjak dua menjak ni ramai betul ye yang mencari maklumat mengenai soalan-soalan tuduga ye. Tak kira la temuduga apa pun. 

Sebelum ni Cik Nad ada share pasal soalan temuduga KEMAS, hari ni nak share pasal soalan temuduga POLIS la plak. Hehehe

Tu berdasarkan pengalaman Cik Nad la. Tak semestinya korang nak kena soalan yang sama.

Okayyy!!

Untuk orang muslim, Cik Nad nasihatkan hamgpa amik la tau sikit bab doa doa ni, tak kira la doa apa pun. Satgi depa suh baca doa makan pun tak reti tak ke haru. Hehehe Rukun iman rukun islam wajib tau ye. Tambahla bab solat! Ini bukan gurauan ye.

 Ada yang kena baca doa qunut okay!

Okay, masuk pulak bab PDRM ni korang kena la tau dalam PDRM ni ada berapa jabatan, sapa pengarah dia, timbalan dia. Fungsi jabatan Wajib amik tau! Yang penting PDRM ni bawah kementerian apa, siapa  menteri dia!

Siapa yang jawab PDRM bawah Kementerian Pertahanan memang gelap la masa depan ko dik!

PDRM bawah Kementerian Dalam Negeri ye sayang! Dalam KDN hangpa kena tau la agensi mana plak dok dalam tu.

Rajin rajin la menggoogle ye.

Pastikankan tau isu semasa, ritu Cik Nad kena tanya pasal parlimen dewan rakyat bagai. Jenuh jugak nak menjawab.

Bagi sapa yang ada sijil lebih tinggi dari SPM bagi jawatan konstabel hangpa stanby la jawapan hangpa apa kaitan bidang yang hangpa belajaq dengan PDRM, haaaaa

Masak la hangpa nak menggoreng.

Yang penting time inteview kena cool, jangan dok gelabah bewak sawan bab* depan penemuduga.

Orang hat temuduga tu pangkat bukan calan-calang!

Sooo, selamat berjaya la sapa yang nak p inteview tu! Yang penting ilmu penuh didada.hahaha

Nanti kalau Cik Nad ingat g soalan soalan dia Cik Nad update len na.heeee


Saturday, May 23, 2015

Khat Kufi Yang Comel Dan Murah!

Masih lagi tercari-cari hadiah

untuk kawan, kekasih, mak ayah serta jiran tertangga!


Cewahhh!

Apa kata anda hadiahkan mereka dengan frame comel dari miracraftofficial!

Sekali sekala ubah plak selera bagi hadiah-hadiah frame ayat al-quran atau ucapan dalam bentuk frame.

Boleh diorang gantung kat dinding dan ingat sampai anak cucu. Wah gituuu.

Bukan nak promote ke apa?! Tapi saja nak kongsi idea-idea untuk jiwa-jiwa yang kosong.hehehee


untuk tempahan korang boleh search dia punya IG! Banyak pilihan dekat sana.




Comey kan kak ton!!!



Tuesday, May 12, 2015

Semeling Street Art



Selamat malam semua, jam menunjukkan waktu 11.50 malam.
Dah berzaman tak update blog, nak dibiarkan takut bersawang berhantu, lebih baik kita update apa yang patut.hehehe

Malam ni nak cerita sikit lokasi yang menarik dekat Kedah, hangpa orang-orang Kedah boleh la melawat pekan Semeling.

Sapa lagi nak mai melawat kalau bukan hangpa. 


Untuk pengetahuan semua pekan Semeling ni pekan yang kecil je, ala-ala macam pekan koboi orang kata. Kebanyakkan peniaga kat sini kaum cina.

Sejak taun lepas pekan ni ada lukisan-lukisan menarik macam ala-alan Penang Street Art tu. Mungkin untuk majukan pekan Semeling dan juga pelancongan negeri Kedah.


Yang menariknya dekat semeling ni hangpa tak payah nak kayuh basikal nak mencari segala lukisan atau arca-arca.

Semua lukisan berada di belakang bangunan kedai ni, hangpa perlu jalan kaki ja kat lorong belakang kedai ni.Belambak segala karektor kartun ada dengan situ. Bergambaqqq la hanga sepuas hati.











Ramai jugak la budak-budak dok datang bergambar kat sini, masa Cik Nad pergi hari tu hari bekerja. Tak dak orang pun melainkan adik-adik ni ha.

Kalau hari cuti mungkin ramai kot. Tak pasti plakk.







Boleh la pakat-pakat p bawak anak-anak, gf, bf, tok-tok wan semua. Tak jauh pun. Betul-betul dalam pekan Semeling. GPRS kan ada, search ja. Kalau turun dari highway Sungai Petani Utara lebih kurang dalam 20 minit la termasuk lalu traffik light bagaiiii. haaaaaaaaaaaaa


Tunggu apa lagi, jom p sana.