Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Sunday, May 24, 2015

Soalan Temuduga Polis



Selamat pagi semua!

Semenjak dua menjak ni ramai betul ye yang mencari maklumat mengenai soalan-soalan tuduga ye. Tak kira la temuduga apa pun. 

Sebelum ni Cik Nad ada share pasal soalan temuduga KEMAS, hari ni nak share pasal soalan temuduga POLIS la plak. Hehehe

Tu berdasarkan pengalaman Cik Nad la. Tak semestinya korang nak kena soalan yang sama.

Okayyy!!

Untuk orang muslim, Cik Nad nasihatkan hamgpa amik la tau sikit bab doa doa ni, tak kira la doa apa pun. Satgi depa suh baca doa makan pun tak reti tak ke haru. Hehehe Rukun iman rukun islam wajib tau ye. Tambahla bab solat! Ini bukan gurauan ye.

 Ada yang kena baca doa qunut okay!

Okay, masuk pulak bab PDRM ni korang kena la tau dalam PDRM ni ada berapa jabatan, sapa pengarah dia, timbalan dia. Fungsi jabatan Wajib amik tau! Yang penting PDRM ni bawah kementerian apa, siapa  menteri dia!

Siapa yang jawab PDRM bawah Kementerian Pertahanan memang gelap la masa depan ko dik!

PDRM bawah Kementerian Dalam Negeri ye sayang! Dalam KDN hangpa kena tau la agensi mana plak dok dalam tu.

Rajin rajin la menggoogle ye.

Pastikankan tau isu semasa, ritu Cik Nad kena tanya pasal parlimen dewan rakyat bagai. Jenuh jugak nak menjawab.

Bagi sapa yang ada sijil lebih tinggi dari SPM bagi jawatan konstabel hangpa stanby la jawapan hangpa apa kaitan bidang yang hangpa belajaq dengan PDRM, haaaaa

Masak la hangpa nak menggoreng.

Yang penting time inteview kena cool, jangan dok gelabah bewak sawan bab* depan penemuduga.

Orang hat temuduga tu pangkat bukan calan-calang!

Sooo, selamat berjaya la sapa yang nak p inteview tu! Yang penting ilmu penuh didada.hahaha

Nanti kalau Cik Nad ingat g soalan soalan dia Cik Nad update len na.heeee


No comments: