Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Thursday, June 28, 2012

Telur Ikan Tembakul

Semalam beria tengok cerita batu-belah-batu-terlungkup kat tv9 dekat dihatiku semalam. 
Lawak ceritu tu, dalam tu ada 1 scene si Bell dengan Khairiah dok mencari telur ikan tembakul untuk ubatkan mak dia yang konon-konon kena saka tu..hahaha 

Yang herannya awat la diorang dok beria mencari dekat kawasan macam selut, yela.. sebelum ni pun memang penah dengar ikan tembakul. Tu pun sebab menonton filem batu-belah-batu-bertangkup yang zaman-zaman dulu punya. Kalau tak salah nama Pekan anak makcik tu yang habiskan telur tembakul mak dia.. Cian mak die..hehehe

Lepas tu tanya abah, ikan tembakul tu ikan apa??

"Laaaaaaaaaa, ikan tembakul tu ikan belacak la", kata abah

Ceh!! Ingat ikan apa!! punya la jakun!!hahaha Cik Nad ni..


Ikan Belacak atau juga dikenali sebagai Ikan Tembakul atau Ikan Belodok, merupakan ahli subkeluarga Oxudercinae (sila baca dalam wikipedia..hahaha)

Soooo, hari ni kita dapat ilmu baru..hahaha
Tapi sampai sekarang tak leh nak bayangkan bentuk telur dia, adakah macam bentuk telur ikan yang lain-lain?? Emmmm, belum pasti!!hehehe

3 comments:

-Sara- said...

ikan belodok? hehe

Jue said...

amai gak yang layan cite nie upenyer...hik3..:-)



*lepak cnie..:-)

Azrie Shariell said...

heheh...susah jgak la kan nk cariikan ye... skrg ni penonton smue tau selok belok.. kene ati2 buat drama la sape2pon nnti..hehhee