Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Saturday, April 9, 2011

Beres Tiruan La Plak.. Macam-Macam Hal!!!

Hai, macam2 hal la skang kita dengar.. Dari kes telur tiruan kini timbul pulak isu beras tiruan!!

makan tiga mangkuk beras ini adalah sama dengan kita makan seguni plastik

Friday, April 8, 2011

Chait!! Telur Tiruan Pun Ada..

Selamat malam...

Sejak beberapa hari yang lalu negara di gemparkan dengan beberapa berita pelik seperti telur tiruan dan fanomena us0p wilcha.....
Memang dasyattt!!!!
korang setuju tak??? kalau sape setuju sila angkat tangan macam sayeeeeeeeee..hehehe

Sebut pasal telur tiruan ni memang tak terpikir dek akal benda macam ni nak jadi..
Telur ayam pun kena cetak rompak!!! macam lawak pun ada..

Tapi sebagai pengguna kita kena berhati-hati sebab takut memudaratkan kesihatan kalau termakan telur tiruan nie...
Meh kita tengok apa yang membezakan telur asli dan tiruan!!


Negara China memang bijak dalam menghasilkan produk tiruan neh!! meh tengok cara telur tiruan dihasilkan..


Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.

Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.

Cecair "telur kuning" dimasukkan pada cetakan bulat


Lapiasan luar telur kuning terbentuk


Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.

Setelah siap .. telur tersebut dibiarkan kering bagi mengeraskan kulit dilapisan luar. Dah siap !


Bijak kan!!! semuanya kerana nak untung!!!



Tak tau la apa nak jadi dengan zaman sekarang,sedangkan manusia pun ada yang tiruan (yang lelaki nak jadi perempuan dan sebaliknya) inikan pula telur !!!




Tuesday, April 5, 2011

Salam Takziah Buat Eija..

Selamat malam semua..
Cik Nad nak ucapkan salam takziah kepada kawan Cik Nad iaitu Ieja diatas pemergian tunang tersayang akibat kemalangan yang berlaku..

Rasa cm tak caya je sebab baru je tau dia tunang dengan arwah awal taun nie, Ieja nie member 1 ofis dulu masa dia buat part time kat ofis Cik Nad...

Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang bakal melangsungkan perkahwinan pada Jun depan, maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 16 Jalan Kuala Berang-Sungai Tong berhampiran Kampung Tengkawang Lubuk, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.48 tengah hari itu, Muhamad Nizam Mohd Nor, 23, (atas) yang dalam perjalanan dari bandar Kuala Berang ke Gawi meninggal di tempat kejadian.

Difahamkan, ketika melalui selekoh di situ, mangsa yang memandu pacuan empat roda Toyata Fortuner milik jabatan berkenaan berselisih dengan sebuah Perodua Kancil dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit sedalam dua meter.

Mangsa yang berasal dari Sungai Petani, Kedah bertugas dengan KDRM daerah Kemaman dipercayai dalam perjalanan menghadiri mesyuarat yang diadakan di Kuala Berang, bermula semalam.
Rakan setugas mangsa, Mohd Sabri Sarju, 40, berkata sepanjang mesyuarat diadakan di sini, mangsa tinggal di Perumahan Kastam di Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu.
Katanya, mangsa seorang yang periang dan cepat mesra dengan rakan setugas, namun ketika berada di tempat letak kereta di perumahan itu, arwah begitu pelik apabila tidak bertegur sapa dan berubah menjadi seorang pendiam.
“Saya berasa pelik terhadap perubahan yang berlaku kepada arwah dan tidak mengesyaki perkara buruk terjadi padanya dan mengambil hal itu sebagai perkara biasa. Saya terkejut apabila mendapat berita kemalangan sehingga kehilangan nyawa,” katanya ketika ditemui di bilik mayat, Hospital Daerah Hulu Terengganu di sini, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah, mengesahkan kejadian itu.
.