Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Friday, July 20, 2012

Selamat Berpuasa! Lafaz Niat Puasa..

Malam ni dah mula solat terawih, Alhamdulillah di panjangkan umur dan bertemu lagi Ramadhan kali ini. Tak sabar pulak nak puasa!!

Sebelum tido malam ni apa kata niat puasa terus untuk sebulan, nak baca tiap-tiap hari pun boleh, tapi kadang-kadang takut tak terjaga sahur terlupa plak niat!! Lagi bagus niat sebelum tido kan..hehehe

Lafaz niat puasa Ramadhan untuk sebulan:


Lafaz niat: Nawaitu souma syahri ramadhana kullihi lillahi taala.”

Niat: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan seluruhnya kerana Allah Taala 


Lafaz niat puasa Ramadhan harian (setiap hari):


Lafaz niat: “Nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa”
Niat: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). 
Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Adik-adik jangan gigih sangat bermain mercun, jangan sampai puasa baru sehari dah ada kes putus jari, semoga Ramadhan kali ni memberi seribu satu kenikmatan dan amal ibadat lebih baik dari Ramadhan yang lalu. InsyaAllah!

1 comment:

Ardini Humaira said...

salam ramadhan al-mubarak
selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang mulia ini... semoga segala amalan kita diberkati Allah, amin

:)