Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Saturday, October 2, 2010

Ex-Boyfriendku Kawen Semalam? Tidakkkk!

Salam sume..
Tengok tajuk post gempaq tak???
Saje jer kasi hot..
Tapi sedih gak ex boyfreind i kawen tak jemput i pun (ape kes?)
Dulu penat i tunggu dia tiap2 minggu tapi dia kawen dengan orang len (hampeh!!)
Orang yang dimaksudkan ialah Jimmy Shanley Norjahan Saleh..
Saje berangan jadi girlfriend dia dulu..
Dia pun tak hengennye kat i..kekeke

Jimmy selamat dinikahkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy kira-kira pukul 4 petang semalam..
Majlis akad nikah yang berlangsung di banglo mewah milik keluarga perempuan berlangsung di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Adib, bekas peserta rancangan Imam Muda.

Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar. Ia disaksikan oleh Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.

Jimmy kelihatan segak berpakaian baju Melayu rona emas rekaan Rizman Ruzaini manakala Nursuhaila anggun mengenakan baju kebaya bertatahkan manik dan permata. Nursuhaila diwalikan bapanya.
Rombongan pengantin lelaki hadir seramai 50 orang diketuai oleh abang kepada Jimmy Shanley iaitu Datuk Ir Young Juwahir Muhammad Idrus yang membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.

Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki.

Agak2 Mak Mertua i nak kasi hantaran sebijik umah bangl0, alatan umah termasuk dengan driver dan bibik tak?? (berangan)

Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.

I bagi cokia 33skupang dah la kat laki i..
Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitu pada 31 Januari 1986.

Klu i lahir 4 September 1988, ada ke yang sanggup bagi hantaran RM49,198.80?? klu RM4,919.88 ada la kot..kekeke


Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam ini di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

p/s - i frust wife Jimmy Shanley jemput boss i g kenduri dia tpi i dia tak jemput pun..huhuhu (maybe sebab i kuli jer erk?)

6 comments:

Sophie Al-yahya said...

hahaha..ingatkan siapalah..rasa sedih je nak bace entry ni.rupanya jimmy..hehhehe..

INTAN.... ~ said...

huhuhuuu....
my birthday sama ngn wife dia la
31 01 1986...
so..????
sama gak ke hantaran nanti?
ada ke org sudi nk byrkan sebanyak tu..??
la la laaaaa...~

tieha ismail said...

ceh hingat kan btol2 tdi....baru nk tumpang cdey....hikhikhik....

rara :) said...

masyukk hantaran dia. huhu

shininghepiness=) said...

wife die umur bape??nampak mcm lg tue dr jimmy=)

Dewi's Artwork Station said...

u lahir 4th sept ka? same :D