Selamat datang!! Mohon Maaf Atas Segala Kekasaran Bahasa Dalam Hasil Penulisan Saya. Terima Kasih Kerana Membaca Dan Memberi Komen.

Geng Pengawas

Tuesday, November 16, 2010

Tak Akan Ku Lupakan...

Malam semalam dikejutkan dengan pemergian sahabat kelas Cik Nad masa kat SKPA dulu iaitu Nur Farhana Johari.
Amat terkejut dengan berita pemergian beliau..
Beliau telah meninggal dunia pada pukul 5 pagi pada 15/11/2010


Beliau dikatakan meninggal disebabkan penyakit SLE..
Setelah hampir 10 tahun kitorang terpisah, akhirnya facebook telah menemukan kami semula bersama-sama dengan rakan yang laen..
Tak sampai setahun kitorang berjumpa balik dia telah menemui Ilahi..


Beliau merupakan seorang yang lemah lembut..
Masa dalam kelas dulu masa menyembang jenuh fokus dekat dia sebab dia cakap pelahan sangat..
Sopan jer..
Tapi tu semua kenangan...

Antara kenangan yang Cik Nad takkan lupa sampai bila-bila masa kitorang jumpa balik dalam fb..
Habis semua gambar kawan-kawan kitorang tag..
Buat conference ramai-ramai, lawan gaduh la,macam-macam laaaa..huhu


Arwahyarhamah jugak yang terawal wish besday kat fb Cik Nad...



Yang paling Cik Nad tak boleh lupa masa kitorang gurau-gurau bila Syahmi Syafiq wish besday kat Cik Nad..huhuhu

Syahmi!!! ko tak nyanyi pun kat dia masa besday dia 11 Oct ritu..huhuhu

Alhamdullilah, arwahyarhamah telah pun selamat menggenggam ijazah..
Dia dah konvo baru-baru ni kat UPM..
Cik Nad pun tak pasti dia amik kos apa.. Tapi dia memang bijak orangnya...


Semalaman Cik Nad tak boleh tido dengan lena kerana asyik teringatkan arwah dan tak sangka terlalu cepat dia meninggalkan kami semua..

Semoga arwah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Al-Fatihah


6 comments:

syufaa said...

takziah..

Makbed said...

Al-Fatihah untuk arwah..

Mun said...

al fatihah utk arwah jugak.. :-(

Notami said...

salam..innalillah..ajal sahabat nadya sampai awal la ek..

penyakit SLE tu penyakit ape?

liyanaziz said...

innalillah.. semoga rohnya dicucuri rahmat..

Atika Natasha said...

innalillahwainnailaihirajiun..
same la kwn sy pun baru jer ke "sana"
kita sma2 d0akaneh m0ga mreka yg dah pegi tu dtempatkan di daaral karamah!amin..